الأخبار

الأخبار

Jahit 70 sut PPE sehari

Jahit 70 sut PPE sehari

التاريخ : 15 April 2020

المحرر : syarel azill yaali

الفئة : News


Share

ZUBIR SULAIMAN | 13 April 2020

TABUNG Bantuan Frontliners Covid-19 Sinar Harian (CovidSinar) melalui
kolaboratif Briged Penjahit Covid-19 Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM) berjaya menghasilkan 70 sut peralatan perlindungan diri
(PPE) sehari.

Sukarelawan Tabung CovidSinar, Dr Aniza Abu Bakar yang juga pensyarah Kulliyyah Senibina dan Rekabentuk Alam Sekitar UIAM berkata, Briged Penjahit Covid-19 UIAM telah menerima sebanyak 8,000 meter kain hasil sumbangan orang ramai menerusi Tabung CovidSinar.

Menurutnya, aktiviti yang bermula sejak 31 Mac lalu dengan penglibatan empat kakitangan UIAM telah berjaya menarik penyertaan lebih 40 peserta termasuklah pereka fesyen terkenal Salikin Sidek, pensyarah, kakitangan dan pelajar UIAM serta orang awam.

“Pada awal penglibatan kami dalam aktiviti ini, kami berjaya menyiapkan 50 PPE sehari, bagaimanapun dengan pertambahan peserta kami berjaya siapkan sehingga 70 PPE sehari."

“Saya melihat kolaboratif antara Tabung CovidSinar dan Briged Penjahit Covid-19 UIAM ini adalah satu usaha yang sangat baik dalam membantu menyediakan keperluan petugas kesihatan terutama sut PPE dan sut surgery gown."

“Bantuan daripada pelbagai pihak turut memainkan peranan dalam menjayakan usaha ini terutamanya penglibatan daripada pelajar-pelajar UIAM dalam menyediakan lebih banyak lagi sut PPE dan surgery gown untuk disalurkan kepada petugas kesihatan nanti,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam."


https://www.sinarharian.com.my/article/78652/KHAS/Koronavirus/Jahit-70-sut-PPE-sehari