الأخبار

الأخبار

Pemidato UIAM akan mewakili Malaysia ke Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2018.

Pemidato UIAM akan mewakili Malaysia ke Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2018.

التاريخ : 30 October 2018

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share
Johan Pidato Piala Menteri Pendidikan 2018, Muhammad Syahmi Akif bin Jamili ,pelajar jurusan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM)

Johan dan naib johan Pidato Piala Menteri Pendidikan 2018, Muhammad Syahmi Akif bin Jamili ,pelajar jurusan undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) dan Adam Muhammad Taufiq bin Mohamad Suharto dari Universiti Teknologi Mara(UiTM) secara rasminya telah diumumkan sebagai wakil Malaysia bagi pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2018.

Mereka dipilih dan di saring melalui Pertandingan Pidato Debat Piala Menteri Pendidikan yang berlangsung baru-baru ini di Universiti Tenaga Nasional(Uniten), Bangi.

Muhammad Syahmi muncul juara dengan persembahan pidatonya yang bertajuk "Ini Mungkin Dunia Lelaki, Tetapi..." manakala Adam Taufiq pula mengetengahkan tajuk "Merenung Dilema".

Tiga finalis lain termasuklah Munirah binti Muhamad (USIM), Rasyidah binti Muhammad Yusri (UKM) dan Aniz Hazirah binti Zakaria (IPGK Dato' Razali Ismail).

Pertandingan akhir Pidato Piala Menteri Pendidikan 2018 ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.

Seramai lima orang peserta akhir terpilih daripada jumlah keseluruhan 26 orang dengan pecahan 19 penyertaan dari universiti awam dan politeknik, dua dari universiti swasta dan lima penyertaan daripada Institut Pendidikan Guru (IPG).

Pidato Piala Menteri Pendidikan 2018 merupakan pertandingan pidato antara IPT sama ada awam atau swasta anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Majlis Debat Universiti (MADUM) bagi mengangkat kembali martabat bahasa kebangsaan.

Pertandingan pidato ini juga merupakan platform untuk mencari wakil Malaysia bagi Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2018 yang akan merebut Piala Perdana Menteri di PABM 2018 nanti.


Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik dalam ucapannya beliau berkata, pertandingan pidato ini adalah antara agenda Kementerian untuk memastikan pelajar-pelajar tempatan sama-sama menghayati dan mendalami keindahan Bahasa Melayu dan bahkan, pelajar-pelajar antarabangsa juga turut tertarik untuk mempelajari bahasa kebangsaan kita.

"pada masa kini, bukan sahaja bangsa Melayu, malah pelbagai etnik dan rakyat asing lain turut sama-sama bertutur dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa percakapan seharian mereka."ujarnya.

Turut hadir mengiringi Menteri Pendidikan adalah Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir dan YBhg. Profesor Madya Dr. Zulkifli bin Hassan selaku wakil MADUM.


Source; https://www.facebook.com/kpmsp...

Facebook Kementerian Pendidikan Tinggi.