الأخبار

الأخبار

Tak terlepas tindakan undang - undang

Tak terlepas tindakan undang - undang

التاريخ : 08 January 2019

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share

Kuala Lumpur: “Minta maaf tidak bermakna terlepas daripada undang-undang, tindakan masih bolehd iambil,”kata Pakar Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.

Beliau berkata, orang ramai terutama netizen perlu berhati-hati memberi pendapat atau mengulas sesuatu isu membabitkan perkara sensitif seperti hubungan kaum, agama dan raja-raja Melayu .

Katanya, keterbukaan media sosial yang mudah diakses dan tidak dikawal menyebabkan ramai pihak ingin menjadi jaguh sesuatu isu atau menjadipihak pertama menyampai berita.

“Ada yang tidak sedar, setiapp erkataan dan komen mereka diperhatikan. Apabila ditulis atau dipapar,perkara yang salah tetap menjadi kesalahan.

“Walaupun ada yang menarik balik tulisan mereka, namun ia tetap kesalahan dan boleh dikenakan tindakan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam mengulas beberapa kenyataan bersifat provokasi susulan p eletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong kelmarin .

Source Sinar Harian