الأخبار

الأخبار

UIAM guna e-Scroll tangani ijazah palsu

UIAM guna e-Scroll tangani ijazah palsu

التاريخ : 15 November 2018

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mencipta sejarah sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di negara ini yang menggunakan Sistem Pengeluaran dan Pengesahan Universiti (e-Scroll), bertujuan menangani masalah ijazah palsu. Sistem itu digunakan universiti awam (UA) terbabit pada Majlis Konvokesyen UIAM Ke-34, baru-baru ini.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata e-Scroll yang menggunakan teknologi Blockchain akan memastikan s ijil dikeluarkan institutsi pengajian tinggi (IPT) tidak boleh dipalsukan.

“Ketika ini ada enam universiti menggunakan e- Scroll dan melalui sistem ini, ada Kod SR yang akan digunakan untuk memastikan kesahihan sijil dimiliki individu.

“Sistem ini bukan sekadar di universiti, tetapi juga akan diperluaskan penggunaannya ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), selain IPT Swasta (IPTS) kerana kita tahu penipuan sijil di peringkat terbabit wujud,” katanya.

Selamat dan mantap Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen UIAM Sidang Pertama yang berlangsung di Dewan Utama, Pusat Kebudayaan UIAM (ICC), UIAM Kampus Gombak di sini, baru-baru ini.

Pada sidang itu, Maszlee turut menyampaikan ijazah kepada 478 graduan Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Majlis konvokesyen selama empat hari bermula 10 hingga 13 November lalu, menyaksikan seramai 5,413 graduan dari 1 6 fakulti diraikan, masing-masing 4,449 graduan Ijazah Sarjana Muda dan 964 graduan Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr S iti Hamisah Tapsir, berkata pendekatan menggunakan sistem e-Scroll bertujuan memelihara dan menjaga kualiti pendidikan tinggi negara. Katanya, ijazah palsu bo- leh diperoleh dengan mudah diinternet, justeru sebuah sistem yang selamat dan mantap seperti e-Scroll diperlukan bagi mengatasi masalah itu.

“Graduan m enerima ijazah menggunakan kod khas sistem ini. Idea membangunkan e-Scroll dirumuskan Majlis Dekan-Dekan ICT (MADICT) pada Januari lalu,” katanya.