Menu    -   Web UIAM   -   Web PMUIAM   -   WebMail UIAM
  Mengenai Kami | Biro | Polisi Kelab | Galeri | Hubungi Kami  
" Kebajikan Teras Perpaduan"
 
 
Menu
Sepintas Lalu
Visi & Misi
Logo Kelab
Hari Keluarga
Jasamu Dikenang!
 
Info Kelab
 
Sepintas Lalu...

:: Logo Kelab ::Kelab Kebajkan Kakitangan Pusat Matrikulasi UIAM (Kelab Kebajikan) telah ditubuhkan pada 20 Mac 1989 di Seksyen 15, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Ianya ditubuhkan di atas dasar kerjasama dan muafakat semua lapisan kakitangan pentadbiran Pusat Matrikulasi yang pada masa itu bertempat di Subang Jaya, Selangor. Tujuan utama Kelab Kebajikan ini ditubuhkan ialah bagi menwujudkan semangat persaudaraan dan kekeluargaaan di antara ahli-ahlinya yang pada ketika itu hanya berjumlah dua puluh (20) orang sahaja. Bagi mencapai tujuan tersebut Kelab ini telah menjalankan berbagai aktiviti termasukalah rehlah dan riadah, pendidikan, ekonomi, kebajikan dan penerbitan. En. Mohsin Ibrahim (Penolong Pendaftar waktu itu) telah menjadi penaung pertama Kelab, manakala pengerusi pertamanya ialah En. Shamuddin Musa. Dari aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dari masa ke semasa Kelab Kebajikan terus maju dan berkekalan hingga ke hari ini.

Pada bulan Julai 1990 Pusat Matrikulasi, UIAM telah berpindah ke kampus baru di Lembah Pantai. Dengan pembesaran dan perkembangan Pusat Matrikulasi maka ahlinya juga melebihi seramai seratus (100) orang. Bagi melancarkan perjalanan aktiviti-aktiviti kelab ini, bilangan Ahli jawatankuasanya yang berjumlah tujuh (7) orang pada tahun 1989 telah bertambah menjadi tiga belas (13) orang pada tahun 1992 dan kepada empat belas (14) orang pada tahun 1993.

Bagi memantapkan lagi imej Kelab Kebajikan pihak Ahli Jawatankuasa Kelab telah menganjurkan satu pertandingan bagi mencipta logo Kelab. Pada 1hb Aptil 1994, logo Kelab Kebajikan dilancarkan dengan rasminya oleh Dekan Pusat Matrikulasi UIAM, Dr. Sidek Baba. Logo dan letterhead Kelab mula digunakan pada bulan Ogos pada tahun yang sama.

Pada bulan Julai 1994, Kelab Kebajikan telah bersetuju membuka keahlian bersekutu kepada bekas ahli-ahli Kelab yang telah berhenti dari UIAM atau ditukarkan bertugas di jabatan-jabatan lain di UIAM. Langkah memanjangkan keahlian Kelab ini adalah bertujuan untuk megekalkan tali silaturrahim dan semangat kekeluargaan kepada kakitangan yang pernah berkhidmat di Pusat Matrikulasi dengan ahli-ahli Kelab yang msih bertugas di sini.

 
 
 
Mengenai Kami | Biro | Polisi Kelab | Galeri | Hubungi Kami
©Copyright 2005. Kelab Kebajikan Kakitangan Pusat Matrikulasi UIAM, Jalan Universiti 46350 Petaling Jaya, MALAYSIA