Menu    -   Web UIAM   -   Web PMUIAM   -   WebMail UIAM
  Mengenai Kami | Biro | Polisi Kelab | Galeri | Hubungi Kami  
" Kebajikan Teras Perpaduan"
 
 
Menu
Senarai Tugas AJK
Biro Tetap
Peruntukan Kewangan Biro
 
Info Kelab
 
Senarai Tugas AJK Induk Kelab

PENGERUSI

a) Mempengerusikan semua Mesyuarat ahli Jawatankuasa Kelab dan Mesyuarat Agung Tahunan serta bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.

b) Menandatangani sebarang surat- Surat yang melibatkan urusan Kelab Dengan semua ahli Kelab dan puhak luar.

c) Menandatangani / meluluskan Permohonan penggunaan wang atau penerimaan wang Kelab bersama Bendahari dan Setiausaha.

d) Meluluskan peratutan-peraturan Baru yang difikirkan perlu bersama ahli-ahli Jawatankuasa kelab untuk kepentinn ahli dan Kelab sebelum Mesyuarat Agung.

e) Merancang dasar-dasar, peraturan, Aktiviti-aktiviti Kelab dan lain-lain hal yang berhubung dengan kemajuan Kelab.

f) Meneruskan usaha-usaha dan tanggungjawab Pengerusi Jawatan- kuasa lama yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Agong.

g) Melantik ahli Kelab untuk mengisi kekosongan jawatan atas sebab perletakan jawatan atau pertukaran tempat bertugas mengikut syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh peraturan Kelab.

TIMBALAN PENGERUSI (Lelaki & Wanita)

a) Mempengerusikan semua Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab Mesyuarat Agung serta bertanggungjawab dan kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat semasa ketiadaan Pengerusi.

b) Merancang dasar-dasar, peraturan, aktiviti- aktiviti dan lain-lain hal yang berhubung dengan kemajuan Kelab.

c) Menandatangani sebarang surat-surat yang melibatkan urusan dengan pihak luar.

d) Menghadiri semua Mesyuarat Ahli Jawatan- kuasa Kelab dan Mesyuarat Agung untuk memberi pendapat dan cadangan.

BENDAHARI

a) Menyimpan dan memperbaharui semua rekod kewangan Kelab.

b) Menyedia Penyata Kewangan pada setiap hujung tahun untuk dibawa ke dalam Mesyuarat Agung.

c) Memungut dan menyimpan semua hasil pendapatan Kelab.

d) Menandatangani / menghantar notis peringatan kepada ahli-ahli Kelab berhubung dengan urusan kewangan Kelab.

e) Hadir dalam semua Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyhuarat Agung serta mengambil Tindakan berhubung dengan hal-hal kewangan.

f) Menyambung tugas-tugas Bendahari Kelab dalam Jawatankuasa lama berhubungan dengan hal-hal kewangan yang telah diluluskan dalam mesyuarat Agung.

g) Menandatangani kelulusan permohonan penggunaan wang atau penerimaan wang Kelab bersama Pengerusi dan Setiausaha Agung.

PENOLONG BENDAHARI

a) Membantu urusan memungut dan menyimpan hasil pendapatan Kelab semasa ketiadaan Benadahari Kelab atau sebaliknya.

b) Membantu menyediakan penyata kewangan dan rekod kewangan Kelab.

c) Menandatangani / menghantar notis kepada ahli-ahli Kelab berhubung dengan urusan kewangan Kelab.

d) Hadir dalam semua Mesyuarat Jawatankuasa Induk untuk membantu memberi cadangan dan pendapat.

SETIAUSAHA AGUNG

a) Menjalankan kerja-kerja pentadbiran Kelab.

b) Menguruskan hal-hal surat menyurat.

c) Menyimpan semua minit-minit mesyuarat, rekod-rekod dan borang-borang Kelab.

d) Menandatangani notis panggilan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab dan Mesyuarat Agung seerta hadir dalam semua mesyuarat Dan membuat catatan minit mesyuarat.

e) Menandatangani kelulusan permohonan penggunaan wang atau penerimaan wang Kelab bersama-sama Pengerusi dan Bendahari Kelab.

f) Merancang dasar-dasar, peraturan dan aktiviti Kelan dan lain-lain hal yang berhubung dengan kemajuan Kelab.

g) Menyediakan kertas kerja untuk dibawa ke Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab dan Mesyuarat Agung.

h) Menyambung semua tugas-tugas setiausaha dan Jawatankuasa berhubung dengan hal- ehwal rekod dan minit-minit mesyuarat yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Agung.

i) Menandatangani semua surat pekeliling kepada semua ahli Kelab semasa ketiadaan Pengerusi Kelab.

PENOLONG SETIAUSAHA AGONG

a) Membantu Setiausaha Agung menyediakan kertas kerja unutk mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab dan Mesyuarat Agung.

b) Membanru Setiausaha dalam sesmua urusan surat-menyurat.

c) Menandatangani surat panggilan mesyuarat mencatat minit dan hadir dalam semua Mesyuarat semasa ketiadaan Setiausaha Agung.

d) Merancang dasar-dasar, peraturan dan aktiviti Kelab dan lain-lain hal yang berhubung dengan Kemajuan Kelab. e) Membantu Setiausaha Agong dalam kerja-kerja pentadbiran Kelab.

 
 
 
Mengenai Kami | Biro | Polisi Kelab | Galeri | Hubungi Kami
©Copyright 2005. Kelab Kebajikan Kakitangan Pusat Matrikulasi UIAM, Jalan Universiti 46350 Petaling Jaya, MALAYSIA