Menu    -   Web UIAM   -   Web PMUIAM   -   WebMail UIAM
  Mengenai Kami | Biro | Polisi Kelab | Galeri | Hubungi Kami  
" Kebajikan Teras Perpaduan"
 
 
Menu
Senarai Tugas AJK
Biro Tetap
Peruntukan Kewangan Biro
 
Info Kelab
 
Senarai Tugas AJK Induk Kelab

Senarai Biro (sehingga 2005)

  1. Biro Penerbitan & Perhubungan
  2. Biro Rehlah dan Riadah (Lelaki)
  3. Biro Rehlah dan Riadah (Wanita)
  4. Biro Ekonomi
  5. Biro kebajikan
  6. Biro Hal Ehwal Wanita

Tugas-Tugas Umum Setiap Biro

a) Mempengerusikan Mesyuarat Biro serta bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat Biro.

b) Menandatangani semua surat-surat yang melibatkan urusan Biro dengan ahli- ahli Kelab.

c) Menyediakan laporan lengkap aktiviti Biro-Biro Kelab sepanjang tahun untuk dibawa ke dalam mesyuarat Agung.

d) Menyediakan dan menandatangani borang permohonan peruntukan kewangan aktiviti Biro Kelab.

e) Merancang dan melaksanakan program Jawatankuasa yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab dan Mesyuarat Agung.

f) Hadir dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab serta mengambil tindakan-tindakan yang ditetapkan di dalam mesyuarat tersebut.

g) Memilih dan melantik Setiausaha Biro dan ahli-ahli Jawatan- Kuasa Birol.

h) Setiap Biro perlu mengadakan sekurang-kurang dua kali mesyuarat dalam setahun.

Tanggungjawab Setiap Ketua-Ketua Biro Kelab

a) Menandatangni notis panggilan mesyuarat serta hadir dalam semua mesyuarat Biro yang terlibat dan membuat minit Mesyuarat.

b) Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Biro.

c) Hadir dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk Kelab.

d) Menyediakan laporan lengkap aktiviti Biro naugannya.

e) Menandatangani borang permohonan peruntukan kewangan aktiviti Biro.

Fungsi Biro & Tanggungjawab Penerbitan & Pehubungan

a) Bertangggungjawab bagi membuat publisiti yang meluas mengenai semua aktiviti-aktiiti yang dijalankan oleh Kelab bagi menambahkan penyertaan ahli-ahli dan bukan ahli di dalam aktiviti-aktiviti persebut.

b) Bertanggungjawab memperkenalkan Kelab Kebajikan kepada masyarakat luar.

c) Menghadiri mesyuarat-mesyuarat ahli Jawatankuasa Kelab dan mesyuarat tahunan Kelab serta mengambil tindakan-tindakan yang berkaitan degan hal ehwal perhubungan sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat tersebut.

d) Memilih dan melantik sekurang-kurangnya seorang pembantu Setiausaha bagi melicinkan lagi tugas Biro Penerbitan & Perhubungan.

e) Prihatin terhadap semua perkara yang berlaku (di dalam dan di luar Kelab) yang berkaitan dengan secara langsung / tidak langsung dengan Kelab.

Fungsi & Tanggungjawab Juruaudit 1 dan 11

a) Memeriksa akaun kira-kira kelab bagi tahun yang berkenaan.

b) Membuat laporan dan pengesahan Penyata kira-kira untuk Mesyuarat Agung Tahunan.

c) Memeriksa akaun kira-kira kelab pada bila-bila masa dikehendaki oleh Pengerusi Kelab.

 
 
 
Mengenai Kami | Biro | Polisi Kelab | Galeri | Hubungi Kami
©Copyright 2005. Kelab Kebajikan Kakitangan Pusat Matrikulasi UIAM, Jalan Universiti 46350 Petaling Jaya, MALAYSIA