Berita

Berita

Centre Unmanned Technologies UIAM hasilkan face shield

Centre Unmanned Technologies UIAM hasilkan face shield

Tarikh : 29 March 2020

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

KUALA LUMPUR – Sekumpulan tenaga pakar Jurutera yang terdiri daripada pensyarah Kulliyyah Kejuruteraan Universiti Islam Antarabangsa(UIAM) mengembleng tenaga menghasilkan “Face Sheild” untuk petugas barisan hadapan universiti ini.

Projek ini diterajui oleh Centre Unmanned Technologies (CUTe) adalah sebuah pusat penyelidikan yang diwujudkan untuk memajukan kajian saintifik dan pembangunan melalui kolaborasi robot dan manusia.

Projek ini diberi nama “Membantu Barisan Hadapan melawan Covid19”.

Ketika ditemui, Pengarah CUTe, Dr. Zulkifli Zainal berkata, prototaip pertama dihasilkan pada 24 Mac 2020 menggunakan mesin pencetak tiga dimensi.

“Buat masa ini kami mempunyai kemampuan sebanyak tujuh buah mesin pencetak tiga dimensi. Untuk sekali pengeluaran sehari kami boleh hasilkan sebanyak 140 ‘face shield”.

Semua face shield ini akan diagihkan kepada petugas-petugas Pusat Perubatan UIAM di Kuantan dan semua barisan petugas hadapan seperti polis bantuan dan kakitangan pusat kesihatan UIAM yang terletak di lima kampus seperti di Gombak, Gambang, Kuantan, Pagoh dan Kuala Lumpur.

Proses penghasilan berjalan selama 24 jam seminggu ini dibantu oleh pensyarah, pelajar dan sukarelawan.

Bukan itu sahaja CUTe juga terlibat dengan beberapa lagi projek seperti penghasilan Aerosol Box dan MediBot.

“Idea ini tercetus apabila Timbalan Rektor (Penyelidikan Kebertanggungjawaban dan Inovasi UIAM) Prof. Dr. Ahmad Hafiz Zulkifly meminta Pusat Penyelidikan UIAM menghasilkan face shield untuk kegunaan para petugas yang bertarung melawan virus Covid-19 ini,” kata Zulkifli. – MalaysiaGazette

Source: https://malaysiagazette.com/2020/03/29/centre-unmanned-technologies-uiam-hasilkan-face-shield/