Berita

Berita

COVID-19: Pakar, Jurutera UIAM Kolaborasi Hasilkan Pelindung Muka

COVID-19: Pakar, Jurutera UIAM Kolaborasi Hasilkan Pelindung Muka

Tarikh : 29 March 2020

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Sekumpulan tenaga pakar jurutera terdiri daripada pensyarah Kuliah Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengembleng tenaga menghasilkan pelindung muka untuk petugas barisan hadapan universiti berkenaan.

Projek ini diterajui Centre Unmanned Technologies (CUTe) iaitu sebuah pusat penyelidikan yang diwujudkan untuk memajukan kajian saintifik dan pembangunan melalui kolaborasi robot dan manusia.

Pengarah CUTe, Dr Zulkifli Zainal, berkata projek yang dinamakan ‘Membantu Barisan Hadapan Melawan COVID-19’ itu telah menghasilkan prototaip pertama pada 24 Mac lalu.

Peralatan yang terdapat di makmal operasi untuk menghasilkan pelindung muka di UIAM.Peralatan yang terdapat di makmal operasi untuk menghasilkan pelindung muka di UIAM.

“Mengambil semangat tersebut ramai yang bersedia membantu untuk menyiapkan pelindung muka dengan berbekalkan mesin pencetak tiga dimensi, kami meneruskan projek ini untuk membantu barisan hadapan UIAM.

"Buat masa ini kami mempunyai tujuh buah mesin pencetak tiga dimensi yang mampu menghasilkan 140 unit pelindung muka sehari,” katanya.

Menurutnya, pelindung muka tersebut akan diagihkan kepada petugas-petugas IIUM Medical Centre, Kuantan dan semua petugas barisan hadapan UIAM.

“Mereka termasuklah polis bantuan serta kakitangan Pusat Kesihatan UIAM di kampus Gombak, Gambang, Kuantan, Pagoh dan Kuala Lumpur.

“Proses penghasilan berjalan selama 24 jam seminggu kolaborasi antara pensyarah, pelajar dan sukarelawan, malah CUTe juga terlibat dengan beberapa lagi projek seperti penghasilan Aerosol Box dan MediBot.

Pelindung muka hasil kolaborasi pakar, jurutera dan pelajar UIAM untuk kegunaan petugas barisan hadapan UIAM.

Pelindung muka hasil kolaborasi pakar, jurutera dan pelajar UIAM untuk kegunaan petugas barisan hadapan UIAM.

“Setiap projek tersebut akan diketuai oleh pensyarah dan dibantu oleh pelajar,” katanya ketika ditemui.

Dr Zulkifli berkata, idea ini tercetus apabila Timbalan Rektor (Penyelidikan Kebertanggungjawaban dan Inovasi UIAM) Prof Dr Ahmad Hafiz Zulkifly, meminta Pusat Penyelidikan UIAM membantu menghasilkan pelindung muka untuk kegunaan para petugas menghadapi COVID-19 ini.

“Fungsi utama pusat ini adalah untuk merapatkan jurang antara para penyelidik, industri serta komuniti dengan membangunkan teknologi yang memupuk generasi saintis dan jurutera pelapis seterusnya ke arah memanusiakan inovasi.

“Kolaborasi tersebut menjadikan ia sebuah pusat penyelidikan dan latihan yang luar biasa di rantau ini,” katanya.

-SH