Berita

Berita

Rektor UIAM terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah USIM

Rektor UIAM terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah USIM

Tarikh : 27 November 2019

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Canselor USIM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Da’wah dan Pengurusan Islam kepada Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak bersempena dengan Majlis Konvokesyen USIM kali ke-17 yang berlangsung tiga hari bermula 26 November hingga 28 November 2019 bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM.

Beliau merupakan mantan Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, juga pernah menjadi penyandang Kursi Akademik Kepemimpinan Islam dan Felo Utama di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) di USIM.

Dikenali dan dihormati sebagai ahli akademik tersohor negara, amat berpengalaman luas dalam dunia akademik serta pentadbiran pengajian tinggi. Selama lebih dari 20 tahun beliau menjadi penulis di ruangan mingguan untuk akhbar The New Straits Times sejak tahun 1995 dan di akhbar The Sun pada tahun 2015.

Beliau merupakan Profesor Kehormat di Universiti Nottingham sejak tahun 2014, dan baru-baru ini dilantik sebagai Penasihat Kanan di Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya dan Felo Kehormat di Pusat Penyelidikan Dasar dan Pengajian antara bangsa, Universiti Sains Malaysia dan kini beliau merupakan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).