Berita

Berita

Syor kaji semula mata pelajaran Pendidikan Islam diteliti - PM

Syor kaji semula mata pelajaran Pendidikan Islam diteliti - PM

Tarikh : 27 January 2023

Dilaporkan Oleh : ISTAC Web

Kategori : News


Share

Original article from Sinar Harian

26 Januari 2023 10:02pm26 Januari 2023 10:02pm

Anwar ketika berucap pada majlis pelancaran Buku Himpunan Esei 'Knowledge, Tradition and Civilization: Essays In Honour of Professor Osman Bakar' di ISTAC, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Kerajaan sedia melihat keperluan untuk mengkaji semula mata pelajaran Pendidikan Islam bagi memberi kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu juga dalam usaha mengelak mana-mana pihak untuk mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah.

"Kadang-kadang semua (mahu) jadi pakar, rujuk kepada authority, hadis, quran, ulasan, pemikir. Ini tazkirah pun nak buat fatwa masing-masing dan apabila kita tegur dia kata kita anti ulama. Tak benar. Kalau guru agama itu buat kenyataan yang salah, kita mesti tegur, kalau tidak, kerana dia tokoh parti, dia orang lama, kenyataan dia semua (dianggap) benar.

"Islam tidak pernah mengajar kita begitu. Itu sebabnya pendidikan Islam itu harus memberi kefahaman lebih mendalam berdasarkan al-Quran, sunnah dan ulamak Muktabar dan ungkapan itu mesti dihujah dan jika perlu teguran, pembetulan, ini yang dikatakan tradisi ilmu pelajaran cara kritis," katanya kepada media selepas melancarkan buku himpunan esei 'Knowledge, Tradition and Civilization: Essays In Honour of Professor Osman Bakar' di International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC), UIAM Kampus Kuala Lumpur di sini pada Khamis.

Bagaimanapun katanya, beliau menyerahkan langkah kajian semula itu kepada Menteri Pendidikan Tinggi untuk meneliti perkara berkenaan.

"Itu saya serah kepada Menteri Pendidikan Tinggi bahawa saranan-saranan daripada sarjana-sarjana iaitu mata pelajaran peradaban Islam perlu dilihat dan dikaji semula supaya betul-betul memberi kefahaman yang lebih mendalam dengan mesej Islam tentunya soal nilai, akhlak dan universal. Jadi, ini dirasakan perlu diberi perhatian," katanya lagi. - Awani