Berita

Berita

UIAM iktiraf sumbangan OKU, NGO

UIAM iktiraf sumbangan OKU, NGO

Tarikh : 15 November 2018

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

Seramai 5,413 graduan daripada 16 fakulti diraikan pada Majlis Konvokesyen U niversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Ke-34 yang berlangsung di Dewan Utama Pusat Kebudayaan UIAM Kampus Gombak, di sini, baru-baru ini.

Majlis konvokesyen selama empat hari itu menyaksikan 4,449 graduan Ijazah Sarjana Muda dan 964 graduan Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah menerima skrol masing-masing.

Menteri Pendidikan yang juga Presiden UIAM, Dr Maszlee Malik membuka sidang pertama dan menyampaikan skrol kepada graduan pada majlis berkenaan. Yang turut hadir, Rektor UIAM, Profesor Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Selain itu, anugerah turut disampaikan kepada graduan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum antaranya Anugerah Pelajaran Diraja, Anugerah Presiden, Anugerah BUDI dan Anugerah Rektor.

Majlis konvokesyen kali ini turut melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kali memperkenalkan Anugerah Merit Ibnu Khaldun 2018 yang diterima Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan disampaikan oleh Dr Maszlee kepada Presiden CAP, SM Mohamed Idris.

Anugerah itu diperkenalkan sebagai penghargaan ke atas sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit menjalankan kempen kesedaran kepenggunaan dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk kualiti makanan, barangan, produk kewangan dan hak.

Mohamed berkata, pengiktirafan itu memberi makna cukup besar kerana meng-
gambarkan komitmen persatuan membantu menyelesaikan permasalahan yang diadukan pengguna sejak penubuhannya pada 1970.

Isu kepenggunaan Katanya, selama 48 tahun beroperasi, CAP sentiasa ber- usaha memperjuangkan isu kepenggunaan dan mendidik masyarakat untuk bijak memahami aspek berkaitan. “Melalui anugerah ini, CAP dan UIAM akan bekerjasama untuk menggalakkan perkongsian ilmu bagi kepentingan masyarakat,” katanya.

Pada majlis itu, tiga graduan orang kurang upaya (OKU) turut menerima anugerah khas, iaitu graduan Undang-undang, Atiqah Oth- man yang menerima Anugerah Khas Ibnu Ummi Maktum di atas kejayaannya memperoleh keputusan akademik cemerlang dengan mencatat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.8.

Dua graduan lain ialah graduan Undang-Undang, Nur Amalina Kamsani (Anugerah Khas Amru Ibnu Al-Jamuh) dan graduan Sains Kemanusiaan, Azzrulkhan Hasrullah Matsah (Anugerah Khas Pencapaian Luar Biasa Kokurikulum).

Pencapaian itu diterima mereka d i atas semangat dan kejayaan ditunjukkan sepanjang pengajian biarpun Atiqah mengalami kesukaran melihat, manakala Nur Amalina mengalami masalah tulang dan Azzrulkhan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Azzrulkhan menerima anugerah itu, berikutan kejayaan beliau sampai ke Kem Induk Gunung Everest pada Mei lalu, bagi kategori pendaki OKU.

Mengasah bakat Sementara itu, Prof Dzulkifli berkata, anugerah yang diberikan itu adalah bagi menyahut saranan kerajaan dalam memastikan kegiatan di universiti adalah inklusif supaya dapat menggalakkan pelajar OKU mengasah bakat mereka.

Beliau berkata, anugerah itu bagi membawa perubahan dalam UIAM agar tidak menjadi menara gading yang disegani dan tidak mampu berinteraksi dengan masyarakat.

“Pengenalan anugerah baharu ini adalah suatu ino- vasi yang diperkenalkan UIAM kerana kejayaan pelajar kurang upaya ini juga boleh dijadikan motivasi kepada pelajar lain,” katanya.

Prof Dzulkifli berkata, UIAM menjalin hubungan bukan sahaja dengan industri dan institusi pengajian tinggi (IPT), tetapi juga dengan be- berapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“NGO terbabit mempunyai pengalaman luas dalam membantu m asyarakat dan mampu mewujudkan kesedaran mengenai rakyat terutama untuk hidup dalam persekitaran yang lestari.

“Selain itu, pelajar dan pen- syarah perlu memainkan peranan penting dalam mengkaji inovasi yang mampu membantu pembangunan sosioekonomi negara dan kesejahteraan

rakyat,” katanya.