الأخبار

الأخبار

COVID-19: Alumni UIAM Sumbang Barang Keperluan Asas

COVID-19: Alumni UIAM Sumbang Barang Keperluan Asas

التاريخ : 14 April 2020

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share



Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/UIAM

GOMBAK,13 Apr (Malaysiaaktif) – Prihatin terhadap masyarakat yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tampil menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Wakil alumni UIAM, Mohd Safri Razali, berkata beliau bersama tiga rakan yang lain menyumbang barang keperluan asas untuk komuniti sekitar kawasan Gombak.

“Asalnya kami menyumbang 1,000 unit penutup hidung dan mulut kepada komuniti Gombak serta berkongsi aktiviti berkenaan di laman Facebook.

“Namun, pihak kami menerima banyak maklum balas positif serta permintaan mengenai bantuan barangan keperluan asas untuk masyarakat yang terkesan.

“Bantuan yang diberikan termasuklah beras, gula, biskut, tepung, topeng muka, cecair pembersih tangan dan berbagai lagi,” katanya yang merupakan bekas pelajar Fakulti Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar di UIAM tahun 2010.

Alumni UIAM menyumbang barang keperluan asas kepada golongan yang memerlukan sekitar kawasan GombakAlumni UIAM menyumbang barang keperluan asas kepada golongan yang memerlukan sekitar kawasan Gombak

Menurut Mohd Safri, maklum balas positif termasuk sumbangan daripada orang ramai memberikan kekuatan kepada beliau untuk meneruskan misi tersebut pada skala yang lebih besar.

“Saya akan meneruskan misi ini ke skala yang lebih besar di mana sekarang saya sudah ada pasukan yang akan membantu dalam pembungkusan dan penghantaran.

“Pasukan kami berjaya mengumpul sumbangan kira-kira RM16,000 dalam tempoh dua minggu dan telah menyumbangkan barang keperluan asas tersebut kepada lebih 150 keluarga termasuk kakitangan barisan hadapan UIAM.

“Kami akan teruskan aktiviti ini di samping proses mengumpul dana, tumpuan seterusnya adalah kepada keluarga yang belum menerima apa-apa jenis bantuan,” katanya.

-NAZ

Source : https://malaysiaaktif.my/73677