الأخبار

الأخبار

Jom hadir ke Debat Awam bersiri “Re:Action - Youth Engaged” bakal berlangsung 24 April di UIAM

Jom hadir ke Debat Awam bersiri “Re:Action - Youth Engaged” bakal berlangsung 24 April di UIAM

التاريخ : 20 April 2019

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share

ROSLAN RUSLY, UIAM Jumaat | 19 April 2019 

GOMBAK - Penganjuran Debat Awam bersiri “Re:Action - Youth Engaged” telah pun memasuki siri kelima dan bakal diadakan pada 24 April ini di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak pada jam 8 malam. 

Debat Awam bersiri ini dianjurkan oleh Pusat Debat dan Oratori Dunia (IWON) UIAM dan Bahagian Pembangunan Rakan Muda (KBS). 

Ini merupakan sebuah inisiatif bagi menggalakkan penyertaan belia dalam mengarusperdanakan perdebatan isu-isu semasa secara sihat. 

Setiap siri debat ini melibatkan empat pendebat yang terdiri daripada dua Pendebat Utama daripada kalangan pakar dalam isu yang diketengahkan dan dua Pendebat Muda yang terdiri daripadagolongan belia yang telah dipilih melalui proses pemilihan atas talian. 

Untuk siri kelima ini, dua pendebat utama jemputan terdiri daripada Dr Renard Siew dari Climate Reality Leader of Climate Reality Project dan Pengasas merangkap Presiden Ecoknights, Yasmin Rasyid dengan membawakan tajuk "Malaysia Should Introduce Environmental Taxation On Corporation." 

Objektif penganjuran debat ini antara lainnya adalah menjana dan menggalakkan minat para belia dalam penglibatan perbincangan berkenaan isu-isu polisi awam. 

Ia juga dapat mewujudkan persekitaran yang lebih terbuka dan intelektual di universiti untuk mencapai fungsinya sebagai institusi pengajian tinggi. 

Platform untuk belia bersuara sebegini bakal diadakan lagi pada masa hadapan dan diharapkan agar program ini bakal mendapat sambutan yang lebih meriah untuk siri-siri yang akan datang.