الأخبار

الأخبار

Kajian bukti rakyat Malaysia sentiasa bangga dengan negara

Kajian bukti rakyat Malaysia sentiasa bangga dengan negara

التاريخ : 18 September 2020

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share

Kuala Lumpur: Satu hasil kajian menunjukkan bahawa tidak kira apapun yang berlaku dalam negara, baik perbezaan dalam politik, dalam masalah sosial dan ekonomi, bahkan setelah perubahan parti pemerintah dan pertukaran kerajaan, rakyat Malaysia tetap bangga terhadap tanah air mereka.

Kajian yang dilakukan Profesor Datuk Seri Syed Arabi Idid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam tempoh 17 tahun sejak 2003 secara konsisten merekodkan sekurang-kurangnya 90 peratus rakyat Malaysia berasa bangga dan sangat bangga dengan negara mereka.

"Kami mencatatkan penemuan kami pada 2003, dan 97 peratus rakyat Malaysia didapati bangga dengan negara mereka.

"Dalam tinjauan yang dilakukan pada Julai lalu, 96 peratus mencatat kebanggaan mereka sebagai rakyat Malaysia. Yang terendah direkodkan ialah pada 2017, tetapi ia juga pada tahap 90 peratus.

"Ini bermakna tidak kira apapun kerajaan, atau siapa pun perdana menteri, rakyat Malaysia hanya melihat yang terbaik dari negara mereka," kata Syed Arabi yang juga bekas rektor UIAM kepada Bernama, di sini hari ini.

Tinjauan itu dilakukan di seluruh negara dengan jumlah responden membabitkan antara 800 hingga 1,600, dengan sistem perwakilan berkadar daripada kaum dan kumpulan umur.

Source: https://www.hmetro.com.my/muta...