الأخبار

الأخبار

PASUKAN DEBAT UIAM BERJAYA MENGEKALKAN KEJUARAAN UNTUK KALI KE-3 BERTURUT-TURUT

PASUKAN DEBAT UIAM BERJAYA MENGEKALKAN KEJUARAAN UNTUK KALI KE-3 BERTURUT-TURUT

التاريخ : 09 September 2022

المحرر : MUHAMAD ZAMIR BIN ZAINUL ABIDIN

الفئة : News


Share

Pusat Debat dan Oratori Dunia UIAM (IWON) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Debat Bahasa Melayu UIAM diatas kejayaan dinobatkan sekali lagi sebagai Johan dalam Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diadakan kali ke-28 untuk TIGA (3) kali berturut-turut di Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.

Pasukan Debat Bahasa Melayu UIAM yang bertindak sebagai wakil kerajaan telah berjaya menewaskan Pasukan Debat tuan rumah dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) di dalam Perlawanan akhir yang berprestij itu.

Penyampaian Hadiah Pasukan UIAM Johan Debat Alam Sekitar
Muhamad Wafi dinobatkan sebagai 'Pendebat Akhir Terbaik' Pertandingan Debat Alam Sekitar 2022
Pasukan Debat Bahasa Melayu UIAM
Dari kiri Pasukan UIAM dan UMS sedang beraksi di pentas akhir


UIAM yang dibarisi tiga pendebat iaitu Muhammad Wafi Anwar RoslanMuhammad Ilham Hafiz Azmi dan Anis Afina Hassan Sanusi pulang dengan hadiah piala pusingan, wang tunai dan hadiah iringan serta sijil penyertaan. Muhammad Wafi Anwar Roslan turut dinobatkan sebagai 'Pendebat Terbaik' dalam pertandingan ini.