Staff Directory


Akhmal Hakim Bin Mohamad

Academic Qualifications

  • SARJANA PENGAJIAN MELAYU - Masters Degree, Universiti Malaya (UM)
  • BACHELOR OF ARTS (HONOURS) IN MALAY FOR INTERNATIONAL COMMUNICATION - Bachelor Degree, International Islamic University Malaysia

Akhmal Hakim Bin Mohamad

CELPAD Lecturer
IIUM Gombak Campus

CENTRE FOR LANGUAGES AND PRE-UNIVERSITY ACADEMIC DEVELOPMENT


akhmalhakimmohamad@iium.edu.my
3955


Expert Profile


Akhmal Hakim bin Mohamad (Nama Pena: Kemilau Adiwarna) merupakan pensyarah di Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Prauniversiti (CELPAD), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Selain mengajar, beliau juga menyandang jawatan sebagai Pembantu Penyelaras Kursus bagi Divisyen Bahasa Melayu, CELPAD. Beliau telah memperoleh ijazah sarjana dalam jurusan Pengajian Melayu dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM). Di samping itu, beliau juga telah memperoleh ijazah sarjana muda dalam jurusan Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa dari Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan, UIAM.

Beliau mempunyai kepakaran dalam penyelidikan linguistik, kebudayaan dan kesusasteraan Melayu menerusi pengalaman pendidikan dari UM dan UIAM. Kebanyakan penyelidikan yang diterbitkan berada dalam cakupan sosiolinguistik, pragmatik, fonetik dan fonologi, linguistik perbandingan, leksikostatistik dan glotokronologi. Di samping itu, beliau juga meminati bidang kesusasteraan Melayu menerusi penghasilan beberapa karya kreatif seperti puisi dan cerpen yang diterbitkan oleh pihak DBP dan sendiri dalam bentuk majalah dan buku. Selain itu, beliau juga mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam bidang komunikasi, pengacaraan dan pengendalian majlis, protokol dan etika, dendangan syair, nyanyian lagu-lagu Melayu asli, ghazal, tradisional dan klasik. Beliau juga mempunyai kemahiran dalam Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan juga Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM), hasil daripada pengalaman beliau berkomunikasi dengan orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan juga menyertai kursus-kursus BIM anjuran Persekutuan Pekak Malaysia (MFD).

Di samping itu, beliau juga sering diundang untuk mengadili beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh pihak UIAM atau pihak luar. Beliau pernah bertugas sebagai juri bagi Pertandingan Ceritera Si Kecil anjuran UIAM, Pertandingan Temasya Pantun (TEPAKK) anjuran UIAM, Pertandingan Show Your Talent anjuran Kulliyyah Pendidikan dan Pertandingan Pidato Ihtifal Moscar anjuran Kelab Imaratul Masjid UIAM. Pada peringkat kebangsaan, beliau pernah diamanahkan untuk bertugas sebagai mahajuri bagi Pertandingan SAHIBBA MISSAK ke-23 anjuran ABIM dengan kerjasama DBP dan juga ketua hakim bagi Pertandingan Bercerita Kategori Sekolah Rendah anjuran UIAM Kuantan dengan kerjasama DBP.

Kini, beliau masih lagi bergiat aktif dalam bidang pendidikan dengan pengajaran kursus Bahasa Melayu Kerjaya yang membimbing pelajar untuk persediaan dalam alam kerjaya dan juga kursus Bahasa Melayu untuk pelajar antarabangsa.



Teaching Responsibilities


BAHASA MELAYU KERJAYA (PERNIAGAAN) 2023/2024
BAHASA MELAYU KERJAYA (SAINS SOSIAL) 2025/2026 2024/2025 2023/2024 2022/2023
BAHASA MELAYU I 2025/2026 2024/2025 2023/2024
BAHASA MELAYU KERJAYA (SAINS SOSIAL) 2022/2023 2021/2022


Publications


Articles

2025 Kerancuan bahasa dan etika pengacaraan. Dewan Bahasa, 2 () pp. 38-40
2024 Pertandingan jelajah bahasa mengukuhkan pengetahuan bahasa Melayu pelajar antarabangsa UIAM. Dewan Bahasa dan Pustaka, () pp.
2024 UIAM-DBP anjur Karnival Usahawan Belia Merdeka, manifestasi keterampilan bahasa Melayu. Dewan Ekonomi, () pp.
2023 Ketupat lepas: makanan tradisi masyarakat Melayu Sarawak. Dewan Budaya, 45 (8) pp. 40-43
2022 Perancangan rapi dalam Silir Daksina dari perspektif pendekatan pengurusan. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 33 (2) pp. 118-145
Conference or Workshop Items

2023 Strategi Kesantunan dalam Filem Melayu Klasik Damaq. In: INTERNATIONAL CONFERENCE ON LANGUAGE, EDUCATION AND TOURISM 2023,
Books

2025 Antologi sajak citra kencana cinta nusantara. Aksara M.A.S. Ventures, ISBN: 978-629-99343-3-2
2025 Bahasa Melayu untuk semua: latihan pemahaman tahap satu. Aksara M.a.s. Ventures, ISBN: 978-629-99343-4-9
2024 Himpunan kisah benar mahasiswa. Aksara M.A.S. Ventures, ISBN: 978-629-99343-0-1
2024 Panduan penggunaan borang pemarkahan penilaian markah terkumpul Microsoft Excel. Aksara M.A.S. Ventures, ISBN:
Book Sections

2023 Kemilau Adiwarna. In: Kumpulan Penyelenggara Divisyen Bahasa Melayu, CELPAD, IIUM, ISBN: 978-629-99618-0-2, pp. 1-15