Berita

Berita

5,413 graduan diraikan Majlis Konvokesyen UIAM ke-34

5,413 graduan diraikan Majlis Konvokesyen UIAM ke-34

Tarikh : 10 November 2018

Dilaporkan Oleh : dsh

Kategori : News


Share

PRESIDEN UIAM MASZLEE

MENTERI Pendidikan merangkap Presiden UIAM, Dr Maszlee Malik beramah mesra bersama penerima Anugerah Khas Pencapaian Luar Biasa Ko-Kurikulum, Azzrulkhan Hasrullah Matsah ketika bergamba bersama penerima-penerima anugerah pada majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-34 di UIAM Gombak, di sini, hari ini. -UTUSAN ONLINE/Aizzul A. Majid

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Seramai 5,413 graduan diraikan dalam Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-34 yang bermula hari ini.

Majlis konvokesyen berkenaan bakal berlangsung selama empat hari sehingga 13 November ini dengan melibatkan tujuh sidang.

Pada tahun ini, seramai 4,449 graduan menerima sijil di peringkat ijazah sarjana muda dan 964 lagi di peringkat sarjana dan doktor falsafah daripada 16 buah fakulti.

Menteri Pendidikan merangkap Presiden UIAM, Dr. Maszlee Malik telah merasmikan majlis konvokesyen sidang pertama dan seramai 470 graduan menerima sijil pada sidang tersebut.

Pada majlis itu juga, UIAM turut menyampaikan Anugerah Merit Ibnu Khaldun 2018 kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sebagai mengiktiraf peranannya dalam perkembangan dan transformasi ilmu.

Ini merupakan kali pertama UIAM memberikan anugerah tersebut kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mana sebelum ini diberikan kepada individu tertentu sahaja.

Turut disampaikan adalah tiga anugerah khas khusus untuk tiga graduan orang kelainan upaya (OKU) yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

Penerima tersebut adalah graduan jurusan perundangan, Atiqah Othman untuk Anugerah Khas Ibnu Ummi Maktum; graduan perundangan, Nur Amalina Kamsani (Anugerah Amru Ibn Al- Jamuh) dan graduan Sains Kemanusiaan, Azzrulkhan Hasrullah Matsah (Anugerah Khas Pencapaian Luar Biasa Ko-Kurikulum). - UTUSAN ONLINE

Read more: http://m.utusan.com.my/berita/...