Berita

Berita

IIUMMC kini dikenali sebagai Sultan Ahmad Shah Medical Centre @IIUM

IIUMMC kini dikenali sebagai Sultan Ahmad Shah Medical Centre @IIUM

Tarikh : 28 June 2020

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

KUALA LUMPUR – IIUM Medical Centre (IIUMMC) dinamakan semula kepada Sultan Ahmad Shah Medical Centre @IIUM berkuatkuasa pada 18 Mac lalu.

Penamaan semula itu selepas mendapat perkenan daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar yang juga Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, penamaan semula ini bagi mengenang segala jasa dan bakti Almarhum Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah dalam memartabatkan universiti ini sebagai sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia selama 35 tahun menjadi Ketua Perlembagaan UIAM yang pertama.

Sultan Ahmad Shah Medical Centre @IIUM adalah salah satu Hospital Pengajar Universiti yang memulakan perkhidmatan kesihatan pada penghujung tahun 2016.

Hospital tersebut dibina pada Julai 2012 di tapak seluas 11 hektar dengan kos sebanyak RM416 juta manakala peralatan perubatan RM177 juta.

Kemudahan perubatan ini mempunyai 350 katil, 15 klinik pakar, 20 bilik pembedahan, Unit Rawatan Rapi (ICU), Unit Rawatan Koronari (CCU), Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU) dan bilik bersalin.

Sultan Ahmad Shah Medical Centre @IIUM juga adalah pusat perubatan patuh syariah yang menerap dan mengamalkan kaedah disarankan dalam Islam untuk merawat pesakit termasuk panduan solat dan struktur bangunan yang menghadap kiblat.

Dari segi peralatan perubatan, hospital ini menggunakan mesin serta teknologi terkini antaranya MRI Tesla dan mesin CT Scan yang ditempatkan di Jabatan Radiologi. – MalaysiaGazette

Source: https://malaysiagazette.com/2020/06/26/iiummc-kini-dikenali-sebagai-sultan-ahmad-shah-medical-centre-iium/