Berita

Berita

KEMAS Pahang hasilkan 16,967 PPE

KEMAS Pahang hasilkan 16,967 PPE

Tarikh : 22 June 2020

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

Oleh Mohd Rafi Mamat - - 

KUANTAN: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pahang menyumbangkan 16,967 unit sut peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas kesihatan.

Pengarahnya, Anuar Mat Zin, berkata program tanggungjawab sosial korporat dilakukan sejak Mac lalu itu bertujuan meringankan beban pihak yang memerlukan peralatan berkenaan berikutan penularan COVID-19.

Lapan pejabat KEMAS daerah di negeri ini yang terbabit menghasilkan PPE secara berperingkat membabitkan empat jenis iaitu apron termasuk penutup kepala, badan dan kaki.

Setiap daerah menghasilkan PPE yang berbeza mengikut permintaan setempat. PPE disediakan untuk kegunaan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan.

"Kita akan terus membantu menghasilkan PPE selagi diperlukan walaupun wabak COVID-19 kini semakin reda, ..kemahiran dimiliki kakitangan dan sukarelawan KEMAS perlu diketengahkan untuk membantu pihak memerlukan," katanya selepas menyerahkan 750 unit sut PPE kepada Pusat Perubatan UIAM Kuantan di Pejabat KEMAS Kuantan, di sini semalam.

Hadir sama Pengarah (Klinikal) Pusat Perubatan UIAM Kuantan Prof Dr Zamzuri Zakaria.

KEMAS Temerloh menghasilkan PPE terbanyak iaitu 11,254 unit diikuti Raub; (1,700), Rompin (1,610); Kuantan (750); Bentong (705) dan Maran (566).

Pusat Perubatan UIAM Kuantan sudah menerima 4,000 PPE yang disediakan KEMAS Pahang.

Source : https://www.bharian.com.my/ber...