Berita

Berita

Perlantikan Berasaskan Perbincangan

Perlantikan Berasaskan Perbincangan

Tarikh : 11 November 2018

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

KUALA LUMPUR - Pelantikan tokoh korporat, Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baharu dibuat berdasarkan perbincangan dan merit.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata kepu tusan melantik bekas menteri Kabinet itu juga dibuat selepas mendapat kelulusan pihak tertinggi kementerian. “Saya dalam apa-apa keputusan pelantikan, kita buat berdasarkan perbincangan dan kita melihat kepada merit,” katanya mengulas kenyataan Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin di blognya mengenai pelantikan Abdul Wahid.

Terdahulu, beliau menyampaikan Anugerah Ibnu Khaldun dan skrol kepada graduan pada Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-34 di Kampus Gombak, di sini, semalam.

Kadir dilaporkan berkata, beliau ‘bingung’ dengan tin         kas Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu, sedangkan sebelum ini Abdul Wahid telah digugurkan daripada PNB.

“Kami menghormati pandangan beliau sebagai orang lama, orang yang berpengaruh dan jika anda (wartawan) pertikai kerana dia (Abdul Wahid) dalam kerajaan terdahulu, ramai lagi pegawai kerajaan daripada kerajaan terdahulu.

Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan pegawai khasnya yang dilaporkan berkata, beliau bersetuju meletakkan jawatan sebagai Presiden UIAM dan perkara itu akan dimaklumkan kemudian. Menyentuh mengenai pelancaran Sistem Pengeluaran dan Pengesahan Universiti (e-Scroll), beliau berkata, ia akan diperluaskan ke peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi swasta.