Berita

Berita

Rektor UIAM dapat anugerah dari Kerajaan Jepun

Rektor UIAM dapat anugerah dari Kerajaan Jepun

Tarikh : 31 May 2019

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share


KUALA LUMPUR – Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak terpilih dan akan menerima Anugerah “ The Order of the Rising Sun, Gold Rays With Neck Ribbon”.

Tarikh penganugerahan tersebut akan diberitahu kelak oleh Kedutaan Jepun di Malaysia.

Senarai penerima tersebut dikeluarkan Kerajaan Jepun melalui Pejabat Kedutaan Jepun di Malaysia pada 21 Mei baru-baru ini.

Pada tahun ini sebanyak dua nama dari Malaysia telah disenaraikan akan menerima anugerah tersebut, antaranya ialah Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar dan Rektor UIAM sendiri.

Penganugerahan tertinggi Jepun itu diberi berdasarkan sumbangan besar Rektor UIAM dalam usahanya mengukuhkan hubungan dua hala melalui jalinan kerjasama dalam bidang pendidikan di antara Malaysia dan Jepun selain sumbangan mereka kepada rantau ini.

Antara penerima yang pernah menerima anugerah tersebut ialah Pengerusi SIRIM, Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali yang di sampaikan pada April lalu dan bekas Menteri Luar, Menteri Industri dan Pedagangan dan Menteri Pertahanan(1970-1980) iaitu Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang diterima pada Februari tahun lalu. – MalaysiaGazette

Source; https://malaysiagazette.com/bl...