Berita

Berita

Visi masa depan seni bina masjid

Visi masa depan seni bina masjid

Tarikh : 29 January 2019

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

ANUGERAH Seni Bina Masjid Abdullatif Alfozan iaitu cabang program sosial konglomerat Kumpulan AlFozan yang berpangkalan di Al-Khobar, Arab Saudi mengumumkan panggilan pertama kertas kerja untuk Persidangan Seni Bina Masjid Antarabangsa 2019 (ICMA).

Persidangan edisi kedua itu turut merupakan program anjuran bersama Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan firma seni bina terkemuka tempatan, ATSA Architects Malaysia.

ATSA Architects Malaysia dalam satu kenyataan akhbarnya berkata, panggilan pertama kertas kerja tersebut dibuka sehingga 31 Januari 2019 kepada semua orang awam. "ICMA dianjurkan tiga tahun sekali dan dijangka menarik perhatian pembuat dasar, pengamal dan penyelidik dalam bidang seni bina dan reka bentuk masjid di seluruh dunia. Kali ini ia dijadualkan diadakan di Kuala Lumpur pada 25 hingga 27 November 2019.

"Selepas edisi pertama ICMA 2016 yang diadakan di Universiti Imam Abdulrahman Bin Faisal di Dammam, Arab Saudi, ICMA 2019 kembali dengan matlamat untuk menganalisis dan membincangkan visi praktikal dan saintifik berhubung masa depan seni bina masjid

Tema

"Kupasan yang dibuat merangkumi aspek fungsi asas, reka bentuk, teknologi dan struktur secara intelektual," ujar kenyataan tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Persidangan antarabangsa itu turut menjemput ahli akademik, arkitek, konservator, pereka, pemaju, jurutera, pegawai kerajaan dan pihak berkuasa tempatan, pegawai hal ehwal Islam, arkitek landskap, pentadbir masjid, juru ukur bahan, penyelidik, pelajar dan perancang bandar.

Bertemakan Masa Depan: Masjid: Seni Bina, persidangan ini merangkumi sebilangan topik antaranya meliputi reka bentuk dan fungsi dan seni bina hijau, alam sekitar dan inovasi.

Peserta yang berminat boleh menghantar abstrak tidak melebihi 300 patah perkataan sebelum 28 Februari 2019 ke e-mel secretariat@icma2019.com.

Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh layari lawati laman web rasmi ICMA 2019 di www.icma2019. com atau menghubungi talian bebas tol sekretariat 03-7727 1877.

Source; Kosmo!