Diploma in Administration Islamic Judiciary (DAIJ)

Diploma in Administration Islamic Judiciary (DAIJ)

Postgraduate

Pendahuluan

Program Diploma pascasiswazah ini merupakan syarat lantikan perkhidmatan Pegawai Syari’ah dan peguam Syari’e. Program ini telah dibentuk dengan mengambil kira pengetahuan serta kemahiran yang perlu dan sesuai untuk melatih dan melahirkan pakar-pakar yang berkelayakan serta kompeten melaksanakan pentadbiran badan kehakiman Islam di Malaysia dan negara-negara Islam. Diploma ini juga bermanfaat bagi mereka yang ingin mendalami pengetahuan dalam aspek-aspek yang berhubungan dengan pentadbiran badan kehakiman Syari’ah. Kursus akan dijalankan dalam Bahasa Melayu (kecuali Teks Undang-Undang).

Modul
  • Teks Undang-Undang (Bahasa Arab)
  • Undang-Undang Keluarga
  • Sistem Perundangan Islam
  • Sistem Undang-Undang Malaysia
  • Kaedah Kajian & Mooting
  • Kaedah-Kaedah Fiqah
  • Acara Jenayah Mahkamah Syariah
  • Undang-Undang Keterangan
  • Undang-Undang Jenayah Islam
  • Acara Mal Mahkamah Syariah
  • Pengurusan Harta Pusaka
Tempoh Pengajian

Sepenuh Masa: 1 tahun

Separuh Masa: 1 1/2 tahun

Syarat Kelayakan Masuk
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Syariah) dengan Kepujian [LL.B(S) (Kepujian)] dari UIAM; atau
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah atau setaraf dengannya dari mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh UIAM; atau
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang [LL.B] dari universiti yang diiktiraf oleh UIAM ; atau
  • Lain-lain kelayakan yang diiktiraf oleh UIAM; dan
  • Pengecualian dari Bahasa Arab setelah lulus dalam Ujian Penempatan Bahasa Arab yang ditadbir oleh UIAM (APT).
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.

Student Affair

Interested in Diploma in Administration Islamic Judiciary (DAIJ) ?

APPLY ONLINE
  or  
CONTACT US