Staff Directory


Akhmal Hakim Bin Mohamad

Academic Qualification

  • SARJANA PENGAJIAN MELAYU - Masters Degree, Universiti Malaya (UM)
  • BACHELOR OF ARTS (HONOURS) IN MALAY FOR INTERNATIONAL COMMUNICATION - Bachelor Degree, International Islamic University Malaysia

Akhmal Hakim Bin Mohamad

CELPAD Lecturer
IIUM Gombak Campus

CENTRE FOR LANGUAGES AND PRE-UNIVERSITY ACADEMIC DEVELOPMENT


akhmalhakimmohamad@iium.edu.my
3955


Expert Profile


Akhmal Hakim bin Mohamad (Nama Pena: Kemilau Adiwarna) merupakan pensyarah di Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Prauniversiti (CELPAD), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana dalam jurusan Pengajian Melayu dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM). Di samping itu, beliau juga telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa dari Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan, UIAM.

Beliau mempunyai kepakaran dalam penyelidikan linguistik, kebudayaan dan kesusasteraan Melayu menerusi pengalaman pendidikan dari UM dan UIAM. Kebanyakan penyelidikan yang diterbitkan berada dalam cakupan sosiolinguistik, pragmatik, fonetik dan fonologi, linguistik perbandingan, leksikostatistik dan glotokronologi. Selain itu, beliau juga mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam bidang pengacaraan dan pengendalian majlis, protokol dan etika, dendangan syair, nyanyian lagu-lagu Melayu asli, ghazal, tradisional dan klasik. Beliau juga mempunyai kemahiran dalam Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan juga Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM), hasil daripada pengalaman beliau berkomunikasi dengan orang kelainan upaya pendengaran dan juga menyertai kursus-kursus BIM anjuran Persekutuan Pekak Malaysia (MFD).

Kini, beliau masih lagi bergiat aktif dalam bidang pendidikan dengan pengajaran kursus Bahasa Melayu Kerjaya yang membimbing pelajar untuk persediaan dalam alam kerjaya.



Teaching Responsibilities


BAHASA MELAYU KERJAYA (SAINS SOSIAL) 2023/2024 2022/2023
BAHASA MELAYU I 2023/2024
BAHASA MELAYU KERJAYA (SAINS SOSIAL) 2022/2023 2021/2022


Publications


Article

2023 Ketupat lepas: makanan tradisi masyarakat Melayu Sarawak. Dewan Budaya, 45 (8) pp. 40-43
2022 Perancangan rapi dalam Silir Daksina dari perspektif pendekatan pengurusan. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 33 (2) pp. 118-145
Conference or Workshop Item

2023 Strategi Kesantunan dalam Filem Melayu Klasik Damaq. In: INTERNATIONAL CONFERENCE ON LANGUAGE, EDUCATION AND TOURISM 2023,