International Islamic University Malaysia

Bahagian Perhubungan Alumni UIAM Santuni Mahasiswa yang terkesan COVID-19 di bulan Ramadan.

Oleh Syed Mohamad Arif

Bahagian Perhubungan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia tampil menghulurkan tangan untuk membantu mereka yang terkesan dengan wabak COVID-19 apatah lagi di bulan Ramadhan ini. Beberapa aktiviti yang dioperasikan antaranya ialah pengumpulan dana melalui tabung Iftar dan tabung ‘IIUM Alumni Scholarship and Financial Assistance’(ALSAFA).

Pada  15 April lalu, turut dianjurkan ‘Alumni Iftar For Students’ di minggu pertama Ramadhan dengan mengikut pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP). Malahan, program ini juga disambut baik oleh pihak luar, IKHLAS.COM tampil  menyumbang sebanyak 300 pek berbuka puasa (Iftar) kepada mahasiswa UIAM. Mahasiswa yang terdiri daripada perbagai bangsa dan negara menyambut baik Iftar yang telah diedarkan. Sambutan yang memberangsangkan.

Program tersebut  diteruskan lagi di minggu kedua Ramadhan iaitu pada 22 April lalu dengan jumlah makanan Iftar yang lebih tinggi iaitu sebanyak 400 bungkus Nasi Mandy telah diagihkan kepada mahasiswa UIAM. Hasil bantuan yang disalurkan ke tabung Iftar sepanjang tempoh 2 minggu berjaya memberi manfaat kepada ramai mahasiswa di UIAM.

Keseluruhan program Iftar sepanjang bulan Ramadan ini juga telah membuka peluang kepada para alumni UIAM dan orang ramai untuk bersedekah menerusi tabung Iftar dan tabung ‘IIUM Alumni Scholarship and Financial Assistance’(ALSAFA) yang diuruskan oleh Bahagian Perhubungan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ini juga menjadi salah satu alternatif untuk alumni menyumbang semula kepada universiti mereka dan program Iftar ini hanyalah salah satu daripada banyak lagi program dimana jumlah yang mereka sumbangkan dapat dimanfaatkan.

Program seperti ini berjaya membuka jalan kepada pihak universiti dan Bahagian Perhubungan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk mengendalikan lebih banyak program bermanfaat dalam membantu pelajar di UIAM di dalam kampus atau di rumah dengan berbekalkan dana yang dikumpulkan menerusi ALSAFA.

Generated by Feedzy Skip to content