Penyerahan Projek: UIAM – Menaiktaraf Bangunan Pentadbiran Pusat Asasi Gambang
Gambang, 26 Mac – – Majlis Penyerahan Projek: UIAM – Menaiktaraf Bangunan Pentadbiran Pusat Asasi Gambang daripada pihak Kontraktor kepada Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) dan JKR kepada pihak UIAM.
Majlis penyerahan ini disempurnakan oleh Ir Aida Amalina Bt Abdullah, Jurutera Daerah JKR Kuantan, En. Ubaidillah bin Zainuddin, Pengerusi Pembinaan Khalishew Sdn. Bhd., Dr. Rustam Khairi bin Zahari, Pengarah Bahagian Pembangunan UIAM Gombak, En. Mohd Khairulzain bin Abd. Rahman, Pengarah Pentadbiran UIAM Kuantan, Tn.Hj. Hasanul Basri bin Abdullah, Dekan Pusat Asasi UIAM, dan En. Mohd Danial bin Jamaludin, Pengarah Pentadbiran Pusat Asasi UIAM.
Turut hadir adalah wakil daripada DBSB (Fasa 2) dan KPAG (Fasa 3), juga Timbalan Dekan Pusat Asasi UIAM, beserta Ketua-ketua Jabatan Pusat Asasi UIAM.
alumni Iftar Under the Stars
Tangguh pendaftaran PADU, masih banyak isu jaminan keselamatan data tidak dijelaskan
Tangguh pendaftaran PADU, masih banyak isu jaminan keselamatan data tidak dijelaskan
Pendaftaran dan kemas kini sistem Pangkalan Data Utama (PADU) perlu dihentikan sementara waktu bagi memberi ruang untuk kerajaan meneliti semula pelaksanaan sistem itu supaya mencapai matlamatnya.
Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jalil berkata masih banyak persoalan terutama dalam aspek jaminan keselamatan maklumat orang ramai tidak dijelaskan secara telus sehingga menimbulkan polemik.
“Kita tidak persoalkan atau nafikan kepakaran pasukan keselamatan siber kerajaan seperti Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia (CSM) dan sebagainya, tetapi kenapa jaminan keselamatan itu hanya dikeluarkan Kementerian Ekonomi bukan agensi bertanggungjawab ini?
“Menurut kenyataan Menteri Ekonomi, PADU mengambil data dari pelbagai agensi dan jabatan lain, ini membentuk satu tarikan kepada penjenayah siber kerana elemen data terkumpul itu sangat strategik termasuk maklumat perbankan pengguna.
“Sekiranya data ini bocor atau dieksploitasi untuk tujuan yang salah di kemudian hari, siapa yang harus dipertanggungjawabkan kerana Akta Keselamatan Siber baru sahaja dalam proses pembentangan di Parlimen hari ini,” katanya dipetik Harian Metro di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kewajaran kerajaan menangguhkan pendaftaran dan kemas kini PADU sehingga semua isu berbangkit dan persoalan rakyat terjawab.
KUALA LUMPUR — Pendaftaran dan kemas kini sistem Pangkalan Data Utama (PADU) perlu dihentikan sementara waktu bagi memberi ruang untuk kerajaan meneliti semula pelaksanaan sistem itu supaya mencapai matlamatnya.
Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jalil berkata masih banyak persoalan terutama dalam aspek jaminan keselamatan maklumat orang ramai tidak dijelaskan secara telus sehingga menimbulkan polemik.
“Kita tidak persoalkan atau nafikan kepakaran pasukan keselamatan siber kerajaan seperti Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia (CSM) dan sebagainya, tetapi kenapa jaminan keselamatan itu hanya dikeluarkan Kementerian Ekonomi bukan agensi bertanggungjawab ini?
“Ada banyak faktor selain isu campur tangan politik dan kes penggodaman data agensi kerajaan, jawapan Kementerian Ekonomi juga tidak konsisten terhadap keselamatan data kerajaan sendiri yang memberikan multi persepsi sehingga menimbulkan kekeliruan rakyat.
“Menurut kenyataan Menteri Ekonomi, PADU mengambil data dari pelbagai agensi dan jabatan lain, ini membentuk satu tarikan kepada penjenayah siber kerana elemen data terkumpul itu sangat strategik termasuk maklumat perbankan pengguna.
“Sekiranya data ini bocor atau dieksploitasi untuk tujuan yang salah di kemudian hari, siapa yang harus dipertanggungjawabkan kerana Akta Keselamatan Siber baru sahaja dalam proses pembentangan di Parlimen hari ini,” katanya dipetik Harian Metro di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kewajaran kerajaan menangguhkan pendaftaran dan kemas kini PADU sehingga semua isu berbangkit dan persoalan rakyat terjawab.
Mengulas lanjut, beliau berkata sudah sampai masa kerajaan duduk semeja pemegang taruh terutama pihak industri bagi meneliti semula dan memperbaiki kelemahan pelaksanaan sistem itu bagi mencapai matlamat subsidi bersasar.
“Sampai dua kerajaan negeri pun memberikan reaksi agak tidak baik sedangkan awal-awal lagi perlu adakan libat urus dengan pemegang taruh dan beri peluang kepada pihak lain yang sepatutnya memberikan pandangan lebih jelas tentang sistem ini.
“Jadi, wajar Kementerian Ekonomi memikirkan semula perkara ini kerana implikasinya akan memberikan impak negatif rakyat secara majoriti terhadap sistem ini dan akhirnya secara tidak langsung kepada kerajaan kita sendiri,” katanya.
Semalam, media melaporkan selepas Sarawak, kini Sabah juga mahu Kementerian Ekonomi menghentikan sementara pendaftaran PADU dan membuat penilaian semula terhadap pelaksanaan program berkenaan.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata beliau mengambil berat gesaan Kerajaan Persekutuan untuk pendaftaran menyeluruh sistem PADU, terutama apabila maklumat peribadi menjadi lebih penting berbanding sebelum ini.
“Sebagai negara kelapan di dunia yang paling banyak ‘pelanggaran’ data, saya fikir PADU adalah perkara terakhir yang kerajaan perlu perkenalkan pada masa ini.
“Sejarah menunjukkan tiada sistem data yang tidak dapat ditembusi, malah pangkalan data peribadi Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat baru-baru ini digodam,” katanya dipetik Berita Harian.
I don’t have a degree to do next term!
Cambridge workloads can be not only excessive but ridiculously unbalanced, argues Omar Burhanuddin, and students will suffer the consequences in the long run
e talk a lot about academic workloads in Cambridge. Much has been said on the issue, be it the unequal divides between STEM and arts courses, the prospect of reading weeks, or the inadequate systems – from welfare resources to intermission – that the university offers to ease the pressure it places on its students. But I think there is another kind of workload problem that is under-discussed. Often, our schedules are not only excessively overburdened – they are also ridiculously unbalanced.
“When your schedule whiplashes you between periods of intensity and inactivity, you will develop some bad habits”
Let me explain. As a first-year History student I am studying the new course that the department rolled out in 2022, which requires first-year students to study their papers in tandem, rather than one followed by the other. Weekly reading lists effectively doubled in length from the older course. However, weeks three and six are set aside – with no supervisions or lectures – for a very light coursework project. The upshot is that in each of the first two terms of the year, you have six weeks of breakneck intensity, and two of relative inactivity. To make matters even stranger, first-year History exams happen at the very beginning of Easter term. That term is essentially spent without any regular lectures or supervisions, but is instead devoted to two coursework essays. In terms of both the length of the assignment and the amount of reading necessary, first-year coursework is comparable to the workload of a weekly supervision essay. As such, my Easter term workload will be laughably low by Cambridge standards. Not only week by week, but term by term, Cambridge workloads can be dramatically uneven – and owing to supervisions and deadlines, it is impossible to spread out work from periods of higher to lower intensity.
Having more free time than other people might seem like a weird thing to make a fuss about. I can already hear the keyboard-warrior NatScis, with their evening supos and Saturday lectures, typing up some piping hot takes for Camfess in response to this article. Hear me out, for I believe that the irregular workloads students like me face will, in the long run, be to our educational detriment.
“This style of working bastardises what academia is meant to be about in the first place”
When your schedule regularly whiplashes you between periods of intensity and inactivity, you will develop some bad habits. During the crunch weeks of Michaelmas and Lent, for example, I learned to speed read. Or to put it another way, ‘raiding, not reading’ academic articles, which was a genuine piece of advice my coursemate received from our DoS. This sounds cynical, but when you have to learn all about both the emerging early modern global economy and the decline of world communism in a week, what choice do you have?
This is not a strategy that, to put it mildly, lends itself to meaningful academic understanding. More often than not, you’ll be left with an imperfect outline of the general debates surrounding a topic – and nothing else. I can’t imagine that this is good preparation for the later parts of my degree, with dissertations and so on, which might actually require me to slow down for a moment and (heaven forbid) think things through. This style of working slices up degrees into segments that do not follow on from one another, and bastardises what academia is meant to be about in the first place.
“Changing the illogical structures of our degrees requires a national cultural shift”
There is a broader point to be made here about the general stupidity of the British education system. If anyone in this economy still cares about degrees preparing students for their future working lives, let me assure you: unbalanced, uneven schedules like this will not fit the bill. Most jobs demand constant, manageable workloads. Obviously, there will be periods of greater intensity – whether running a holiday sale in retail, or closing a deal in the City – but for the rest of the time, steadiness is the name of the game. However, owing to the anachronistic exam-centricity of tripos courses and British schooling more broadly, students are not prepared for this lifestyle. In my view, something like the American GPA system would be far more effective. Students would learn to maintain the regular, yet not insane diligence of working life, instead of cramming and slacking off in rotation – habits that Cambridge workloads do not merely encourage, but necessitate.
Ultimately, this problem is going to be very difficult to solve. It is not simply a question of faculties restructuring degree timetables (a Herculean effort all on its own). For one, with colleges and agencies profiting from programs run during the holidays, there are monied, vested interests obstructing the very possibility of reading weeks and longer terms. But even these institutional challenges are not the end of it. Changing the illogical structures of our degrees requires a national cultural shift, entirely transcending Cambridge, in how we think about education. Beyond fluff platitudes about ‘transferable skills’ and ‘learning how to learn’, what are we really supposed to gain from our degrees? Do they train us with good habits? Are we developing constructive, organised mindsets and skills that will serve us in later life?
Not at the moment. The recent workload forum and discussions between the Student Union and the pro-vice-chancellor for education is a promising development, and shows that change is possible. But we have an awfully long way to go
Source: https://www.varsity.co.uk/comment/27286
Universiti sebagai Pusat Pemangkin Pembangunan Komuniti
Oleh Zurina Abd Ghani dan Salina Sa-idul Haj
Universiti merupakan pusat wadah pembentukan moral dan sahsiah warga institusi pendidikan tinggi khususnya untuk para pelajar.
Nilai empati dan kebersamaan bersama masyarakat haruslah diterapkan di dalam diri bakal graduan universiti agar mereka kelak akan berkhidmat dengan jatidiri yang kuat untuk berbudi. Itulah diantara asbab kewujudan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Sebagai pentadbir Universiti, salah satu tanggungjawab penting adalah memastikan bahawa institusi pendidikan tidak hanya menjadi tempat pelajaran dan pembelajaran tetapi juga sebuah pemangkin pembangunan yang berterusan bagi masyarakat setempat.
Projek komuniti merupakan satu pendekatan yang berkesan dalam memupuk nilai-nilai kebajikan dan kebersamaan dalam kalangan warga universiti, pensyarah, pentadbir dan juga pelajar, sekaligus memberi kesan positif kepada kemaslahatan warga penduduk sekitar kampus.
Mengukuhkan Hubungan Antara Universiti dan Komuniti Setempat
Projek komuniti yang dijalankan oleh warga universiti merupakan cerminan daripada semangat berbakti dan berbudi kepada masyarakat. Ini tidak hanya memberi manfaat kepada komuniti setempat tetapi juga memperkuatkan hubungan antara universiti dan penduduk tempatan.
Melalui projek-projek seperti program pembangunan kemahiran, khidmat masyarakat, dan inisiatif kelestarian alam, warga universiti dapat memberi sumbangan yang signifikan kepada pembangunan komuniti setempat.
Salah satu dari inisiatif untuk komuniti yang dijalankan oleh IIUM adalah ”IIUM Special Raya 2024 Project”, Projek Khas Raya 2024 yang dikoordinasikan oleh Pejabat Strategi dan Perubahan Institusi, IIUM Gombak, dimana masyarakat IIUM menderma pakaian Raya terpakai untuk masyarakat sekitar gombak termasuk para pelajar yang memerlukan.
Sejumlah 2,000 helai pakaian seperti baju kurung, jubah, kemeja, seluar, tudung dan pelbagai lagi barangan telah didermakan oleh warga Universiti dan masyarakat sekitar untuk diberi kepada mereka yang memerlukan.
Pihak jawatankuasa pengurusan Projek Khas Raya 2024 juga telah memutuskan untuk menyalurkan lebihan sumbangan kepada Masjid Gombak Utara untuk kesinambungan usahasama bersama komuniti.
Selain daripada itu, pihak pentadbir dan pensyarah wanita di UIAM berkolaborasi bersama PUSPANITA IIUM sedang menganjurkan juga projek BAKUL RAYA 4.0. Projek ini telah dijalankan selama empat tahun berturut-turut.
Ia adalah satu projek yang bertujuan untuk memberi keperluan Eidul Fitri kepada para pekerja am khasnya pekerja landskap dan tukang cuci di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Kedua-dua projek yang sedang berlangsung ini adalah bersempena Ramadan 1445. Namun begitu, ini hanya sebahagian kecil sahaja dari projek-projek komuniti yang telah dan sedang dijalankan oleh komuniti IIUM.
Membangunkan Pemimpin yang Bertanggungjawab dan Berbudaya Nilai Tinggi
Komitmen universiti khasnya UIAM terhadap pembangunan komuniti bukanlah kebetulan tetapi hasil daripada budaya yang ditanam oleh pemimpin-pemimpinnya dari dahulu lagi kerana ia merupakan visi dan misi IIUM untuk melahirkan komuniti Universiti dan graduan yang Rahmatan lil ’Alamin.
Pemimpin universiti yang menggalakkan nilai-nilai kebajikan, keberagaman, dan kebertanggungjawaban memainkan peranan penting dalam membentuk sikap warga universiti.
Dengan memperkasa inisiatif projek komuniti, pemimpin universiti turut membina generasi pelajar yang peka dan prihatin terhadap keperluan masyarakat sekitar ke arah Kemaslahatan Bersama sejajar dengan halatuju UIAM iaitu’Humanising Education’ yang melihat kepada pembelajaran ke arah pembentukan manusiawi.
Projek komuniti universiti bukan sekadar satu-satunya cara untuk memberi kepada masyarakat setempat. Ia juga merupakan langkah menuju kepada kemaslahatan bersama di mana universiti dan komuniti setempat bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama.
Melalui perkongsian sumber daya, pengetahuan, dan tenaga kerja, dan apa juga sumber yang ada, universiti dan komuniti setempat dapat mengukuhkan infrastruktur sosial dan ekonomi yang memberi manfaat kepada semua pihak.
Projek usahasama sebegini juga mempromosikan kerja berkumpulan yang memecah silo dalam kalangan para pensyarah, pentadbir dan pelajar untuk mencapai hasil maksud dan tujuan yang sama. Pakaian dan pelbagai keperluan yang diberi kepada masyarakat B40 dan yang setaranya amatlah dihargai oleh mereka.
Kesimpulannya, dalam dunia yang semakin kompleks dan perubahan momentum yang sangat cepat, ketidakstabilan ekonomi, kesihatan mental dan pelbagai faktor, peranan universiti tidak hanya terhad kepada bidang pendidikan dan penyelidikan serta wacana keilmuan, tetapi juga sebagai pemangkin pembangunan komuniti yang berterusan.
Melalui projek komuniti seperti Projek Khas Raya 2024 dan BAKUL RAYA 4.0 yang membawa nilai-nilai kebajikan, warga universiti dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada kemaslahatan masyarakat setempat dan ia juga memupuk kebersamaan dengan semua pihak.
Dengan adanya pemimpin yang membudayakan nilai-nilai tersebut, universiti akan menjadi pusat yang menggerakkan perubahan positif untuk kebaikan bersama.
UIAM DAN IDFR JALIN KERJASAMA PINTAR
Oleh Muhammad Na’im Mohd Fadil
Gombak – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) menjalin kerjasama strategik menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berlangsung di UIAM Kampus Gombak.
Kerjasama strategik ini ianya bertujuan untuk mengukuhkan lagi kolaborasi bagi memperkasa serta membangunkan kerjasama akademik, pintar budaya dan diplomasi serta penerbitan dan penyelidikan bagi manfaat bersama.
Ketua Pengarah IDFR, Dato’ Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman ketika ditemui berkata, IDFR melatih para diplomat serta pegawai-pegawai kanan sebelum mereka di tempatkan bertugas di lapangan. IDFR memerlukan kerjasama dari universiti untuk sama-sama membantu dalam berkongsi kepakaran ilmu bagi berkongsi maklumat terkini dalam ilmu pengetahuan untuk dipraktikkan.
“UIAM mempunyai kepakaran dalam pelbagai aspek bidang di Kulliyyah-kulliyyahnya menjalankan pelbagai inisiatif, dapat memberikan impak kepada komuniti sekitarnya, untuk merealisasikan hala tuju strategiknya dalam “Memanusiawikan Pendidikan untuk Ummah” selaras dengan “Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs)”.Katanya.
Menurut Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dato Dzulkifli Abdul Razak, kerjasama ini dilihat dapat memberi nilai tambah kepada kedua-dua pihak dalam pelbagai aspek.
“MoU ini merupakan komitmen bersama yang akan mewujudkan hubungan akademik dan budaya kerjasama yang akan memperkayakan landskap pendidikan tinggi negara”.Ujarnya.
IDFR merupakan sebuah agensi dibawah Kementerian Luar Negeri (KLN) Malaysia yang mengendalikan program-program latihan bagi pegawai-pegawai diplomatik Malaysia serta pegawai-pegawai dari kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang lain.
Selain daripada kursus teras yang ditawarkan oleh pihak IDFR iaitu kursus latihan diplomatik, IDFR juga menyediakan latihan kemahiran professional bagi membantu pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat.
Hadir sama pada majlis MoU ini, Ketua Pengarah IDFR, Dato’ Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Pengurusan IDFR, Puan Yang Terutama, Sarimah Akbar, Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Pengarah Pejabat Strategi dan Perubahan Institusi, Prof. Madya TPr Dr. Muhammad Faris Abdullah, serta jawatankuasa pengurusan universiti (UMC) UIAM serta pegawai-pegawai dari IDFR pada majlis ini.
###
MOU IIUM With Zahra Foundation
Bubur Lambuk bersama Tengku Ampuan Pahang
Iftar with Students from Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih
Courtesy visit from Ambassador of Bangladesh and Charge d Affairs of Afghanistan