Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif

Printer-friendly versionSend by email

 

SIARAN SECARA LANGSUNG KONVENSYEN KIK KE-8

 

Selamat Datang

Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Sesuai dengan keperluan semasa dan perubahan di dalam dan luar negara, kerajaan telah mengkaji semula peranan dan kaedah yang digunakan oleh Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian masalah organisasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Ikutan daripada itu, KMK telah ditukar nama kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

Program KIK bukan sahaja menyediakan teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi, tetapi juga merangkumi kaedah untuk membolehkan ahli-ahli KIK bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkatan sistem penyampaian perhidmatan kepada pelanggan.

Konsep ini juga telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Latihan Universiti (JALUMA) pada tahun 2004 sebagai satu mekanisme pengurusan untuk menyuburkan budaya kerja berkualiti di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Beberapa siri Konvensyen telah dianjurkan di peringkat IPTA seperti yang tertera di Jadual 1.

BIL.

IPTA

TAHUN

Kali Ke-1

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

2004

Kali Ke-2

Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)

2005

Kali Ke-3

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

2006

Kali Ke-4

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

2007

Kali Ke-5

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

2009

Kali Ke-6

Universiti Sains Malaysia (USM)

2010

Kali Ke-7

Universiti Putra Malaysia (UPM)

2011

Mesyuarat Pendaftar-Pendaftar Bil. 2/2011 yang diadakan pada 14 April 2011 telah bersetuju dan memberi kepercayaan kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebagai tuan rumah untuk Konvensyen KIK peringkat IPTA kali ke 8 iaitu pada tahun 2012.

Syndicate content