Kesatuan KakiTangan Am International Islamic University Malaysia

                                                                 (KURNIA IIUM)

 

                  "PENGGERAK MATLAMAT"

 
 
 
 
  

(General Staff Union)

Ditubuhkan Di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959, No. Pendaftaran: 711

Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur

Telefon / Fax: 03-61965755

E-mail:

VISITORS COUNTER

website stats

 

 
 

PIAGAM CUEPACS

 2008 - 2010

“MEMPERJUANGKAN HAK PEKERJA YANG ADIL DEMI UNTUK MEMPERTABATKAN CUEPACS YANG CEMERLANG DAN TERBILANG DAN MENJANA SEMANGAT PERPADUAN PEKERJA YANG JITU AGAR DAPAT BERTINDAK LEBIH BERKESAN SERTA MANTAP.

TEGAS, TELUS, BERANI, AMANAH ADALAH PEGANGAN KITA BERSAMA SEMOGA CUEPACS DISEGANI, DIHORMATI DAN DIGERUNI”

"KEBAJIKAN DIUTAMAKAN  & PRODUKTIVITI DITINGKATKAN"

Slogan Cuepacs pada perhimpunan Hari Pekerja Sektor Perkhidmatan Awam 2009 di PICC

"1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Slogan Perdana Menteri Malaysia Ke 6: Y.A.B Dato Seri Abdul Najib Tun Abdul Razak

 

Senarai Terkini Ahli-ahli Jawatan Kuasa Kerja KURNIA 2010-2012

SEJARAH PENUBUHAN

Kesatuan Kakitangan Am International Islamic University Malaysia (KURNIA) telah didaftarkan secara rasmi dengan nombor pendaftaran kesatuan 711, sebagai satu Kesatuan Sekerja di bawah seksyen 12(1) Akta Kesatuan Sekerja 1959 pada 18hb Julai 1992.

Penubuhan KURNIA telah dibawa ke Mesyuarat Majlis No. 32 pada 19hb Ogos 1993 bersamaan 1 Rabiulawal1414 dan Ahli Jawatankuasa Majlis telah sebulat suara menerima dan mengiktiraf penubuhan KURNIA di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

OBJEKTIF

1. Menjadikan sebagai ahli Kesatuan semua pekerja yang disebut di bawah Peraturan 3(1) dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.

2. Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya sukatan gaji yang adil dan sesuai, syarat-syarat bekerja yang berpatutan dan keselamatan pekerjaan.

3.  Mengatur perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli dengan lain-lain pekerja atau di antara ahli dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan atau antara pegawai Kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangtara menurut kehendak Peraturan 26 dan 27.

4. Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, kebendaan dan pendidikan menurut undang-undang.

5.  Memberi bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.

6.   Mengadakan bantuan kepada ahli-ahli jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja seperti pembiayaan pada masa teraniaya atau di masa pertikaian kerja.

7.  Menganjurkan dan mengendalikan kursus dialog, seminar dan sebagainya untuk kebajikan ahli-ahli kesatuan khasnya dan pekerja-pekerja amnya.

8.  Mengendalikan jika dipersetujui oleh Mesyuarat Agung, urusan mengarang, mencetak, menerbit dan mengedarkan sebarang suratkhabar, majalah, surat berita atau lain-lain penerbitan untuk menjayakan tujuan-tujuan kesatuan ini atau untuk memajukan kepentingan-kepentingan ahli-ahli Kesatuan.

9.  Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan Kesatuan sekerja yang sah di sisi undang-undang.

AHLI KESATUAN

1. Keanggotaan kesatuan ini terbuka kepada kakitangan am iaitu gred kumpulan sokongan 1 dan 2 (gred 1 hingga 26 ) yang digaji oleh International Islamic University Malysia, kecuali pekerja-pekerja yang digaji dalam jawatan pengurusan, eksekutif, sulit dan keselamatan. Berumur lebih dari 18 tahun.

2. Borang permohonan untuk menjadi ahli boleh didapati dari laman web kurnia atau Ahli Jawatankuasa Kerja KURNIA. Pemohon juga mestilah mengisi borang potongan gaji, bagi potongan yuran bulanan.

YURAN PENDAFTARAN

Setiap ahli baru dikehendaki membayar yuran keahlian sebanyak RM 5.00 sebulan.(keterangan lain boleh dirujuk kepada borang keahlian)

 

AEIC

:: Advanced Engineering and Innovation Centre (AEIC)::
Informasi Terkini

Opsyen pencen UIAM: Berita terkini, permohonan KURNIA telah sampai ke peringkat Kabinet Kerajaan


KURNIA menyeru kepada yang dalam proses kenaikkan pangkat dan gaji, hendaklah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MSD. (1) Peratus APAR tidak boleh dibawah 80% (2) Cuti. janganlah selalu mengambil EL ataupun melebihi kelayakkan cuti bagi tahun tersebut (3) Jadual waktu kedatangan. Seperti selalu lewat dan tidak cukup waktu bekerja. Diharapkan ahli-ahli KURNIA mematuhi peraturan ini.


Terkini: 4 Nov 2009, Good news for all Laboratory assistants in IIUM ( Gombak, Kuantan, PJ and Nilai). After meeting MSD with all laboratory assistants from Gombak and PJ branch this morning, MSD agreeded to held Bridging Programme for all C17 and C22 in feb 2010. This programme will promote the C17 and C22 to post C27(Assistant Sceince Officer=ASO). After attending the Promramme which is about 11 months ( 80 credit Hours) and passing the examination C17 and C27 will be promoted to C27. No more post for C17, for the laboratory technical staff new intakes will be taken from diploma holder Assistant Science officer.


AJK KURNIA ingin mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli KURNIA yang telah mendapat time-based (15 service with iium)... semoga akan terus dapat meningkatkan lagi prestasi kerja di atas imbuhan tersebut.


Secara rasmi Presiden baru telah dilantik pada 5 Julai 2010 oleh ahli-ahli KURNIA. Beliau ialah Tuan Haji Abdul Jalil Abdul Wahad (staff Library-Nilai NS).Bersama-samalah kita bersatu-padu untuk menyokong KURNIA yang sedia ada bagi meneruskan perjuangan kesatuan kita ini.


KURNIA ingin mengucapkan selamat salam Aidilfitri 1431H dan rebutlah peluang untuk ziarah-menziarahi sanak-saudara serta berhati-hati di jalan raya. Jangan jadikan jalanraya sebagai sungai "MAUT"....Insyallah.


KURNIA menyokong kepada Skim Pencen Kerajaan

Maklumat Ahli

APA YANG TELAH KURNIA PERJUANGKAN?

AJK BARU BAGI SESI 2010/2012

BORANG KEAHLIAN

BORANG MANFAAT AHLI

PERATURAN TAMBAHAN KEBAJIKAN AHLI

BORANG TAHLIL

JIKA ANDA ADA PERKARA BERBANGKIT SILA E-MAIL KEPADA KURNIA

TABUNG KHAIRAT MSD (SKF)

FOTO KURNIA BERSAMA TIMBALAN MENTERI KPT DI PEJABAT KURNIA

FOTO KURNIA BERSAMA KURNIA/MSD/ASA DI PERJUMPAAN DENGAN JABATAN PERUSAHAAN KERJA PERINGKAT NEGERI SELANGOR

Laporan Mesyuarat Agong KURNIA ke 13

Liputan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Kepimpinan (AKEPT-KPT/GAKUM) 25 - 26 Oktober 2009

CUEPACS AKUR PENJELASAN PM

Maklumat Penyertaan Hari Pekerja 2010

Gambar Perhimpunan Hari Pekerja GAKUM-UPM 2010

Jawapan Memorandum Dpd. KURNIA kpd. Ahli-ahli

Circular Bagi Khas Untuk Penyandang (KUP 15-tahun)

Perkelilingan MSD-UIAM bagi Perkhidmatan 15-tahun

 Waktu Solat: KL
 
Imsak 06:00
Subuh 06:10
Syuruk 07:30
Zuhur 13:30
Asar 16:50
Maghrib 19:29
Isya 20:40

**Free Download Supporting Software :*

vlc-0.9.2-win32.exe

©copyright KURNIA 2008 - 2012

   Last Update : 9 February 2011