Menu    -   Web UIAM   -   Web PMUIAM   -   WebMail UIAM
  Mengenai Kami | Biro | Polisi Kelab | Galeri | Hubungi Kami  
" Kebajikan Teras Perpaduan"
 
 
Menu
Sepintas Lalu
Visi & Misi
Logo Kelab
Hari Keluarga
Jasamu Dikenang!
 
Info Kelab
 
Logo & Motto Kelab

Logo Kelab

LOGO KELAB KEBAJIKAN KAKITANGAN PUSAT MATRIKULASI UIAM MELAMBANGKAN KEPADA OBJEKTIF DAN MOTTO KELAB ITU SENDIRI KHASNYA. IA JUGA ADALAH KESINAMBUNGAN OBJEKTIF-OBJEKTIF UIAM AMNYA.

MOTTO : KEBAJIKAN TERAS PERPADUAN

LOGO ini terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian-bahagian ini mempunyai konsep-konsepnya yang tersendiri.

BAHAGIAN PERTAMA

LOGO UIAM

Logo UIAM megandungi simbol Al-Quran, simbol Ka’bah dan lapan Kubah menuju kelapan
arah.

Simbol-simbol ini mempunyai maksud-maksud tertentu yang ada tercatat di dlam buku
rasmi UIAM

Logo UIAM diletakkan di atas abjad K melambangkan bahawa meskipun Kelab
Kebajikan Kakitangan Pusat Matrikulasi mempunyai konsep dan Objektif yang tersendiri namun
Ia tetap di bawah naungan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia keseluruhannya.

BAHAGIAN KEDUA

Sebenarnya abjad yang berbentuk K ini terdapat dalam bentuk 3 huruf.Ia adalah bermaksud kepada rangkaikata “KELAB KEBAJIKAN
KAKITANGAN’

Abjad K ini juga kelihatan seperti di dalam satu barisan. Ia melambangkan
kepada eratnya hubungan silaturahim di antara semua ahli khasnya dan
semua warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia amnya, dengan
konsep motto ‘KEBAJIKAN TERAS PERPADUAN’


BAHAGIAN KETIGA

Warna keemas-emasan ini adalah melambangkan kepada sesuatu yang sangat berharga.

Warna keemas-emasan ini yang mewarnai abjad berbentuk K bermaksud, kakitangan/ahli akan sentiasa menghargai setiap apa juga objektif dan motto Kelab Kebajikan Kakitangan
PMUIAM dan sentiasa Memberikan segala kerjasama dalam apa jua aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh Kelab Kebajikan kakitangan Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

 
 
 
Mengenai Kami | Biro | Polisi Kelab | Galeri | Hubungi Kami
©Copyright 2005. Kelab Kebajikan Kakitangan Pusat Matrikulasi UIAM, Jalan Universiti 46350 Petaling Jaya, MALAYSIA