a) Bayaran Bulanan
i) Ahli Biasa
RM 6.00 - kategori A
RM 4.00 - kategori B
RM 3.00 - kategori C
RM 3.00 - kategori D
ii) Ahli Bersekutu
Yuran Kemasukan - RM 5.00
Bayaran Pendaftaran untuk ahli baru sebanyak RM5.00
Yuran-yuran bulanan hendaklah dibayar kepada
Bendahari terlebih dahulu dalam masa 7 hari dan
pada awal tiap-tiap bulan.
b) Ahli biasa yang membiarkan yurannya
lebih daripada 3 bulan akan menerima surat peringatan
yang ditandatangani oleh Setiausaha atau wakilnya.
c) Ahli biasa yang tidak membayar yuran selama lebih
dari satu tahun tidak akan dibenarkan mengikut apa-apa
aktiviti yang dikendalikan oleh Kelab.
d) Ahli Jawatankuasa Kelab mempunyai kuasa menetapkan
yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan
keahliannya terlucut diatas apa-apa sebab.
e) Yuran-yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli
untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan
persetujuan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kelab.
f) Ahli Bersekutu yang tidak membayar yuran selama
6 bulan berturut-turut secara automatik akan
gugur keahliannya.
g) Ahli bersekutu boleh mencalonkan AJK Kelab
dan dibolehkan untuk mengundi tetapi tidak boleh
dicalonkan sebagai AJK Kelab.
h) Ahli yang ditukarkan dari Pusat Asisi UIAM
ke jabatan-jabatan lain di UIAM atau berhenti
dari UIAM secara automatik keahliannya gugur.
i) Ahli yang telah berpindah tempat kerja dari
pusat asasi UIAM hendaklah memohon dengan mengisi
borang keahlian yang baru sebagai ahli bersekutu
jika ingin menjadi ahli kelab.
Senarai Nama Ahli Kelab Kebajikan Kakitangan Pusat
Asasi UIAM Klik
disini
(Pindaan April 2008)
|