Menu    -   Web UIAM   -   Web PMUIAM   -   WebMail UIAM
  Mengenai Kami | Biro | Polisi Kelab | Galeri | Hubungi Kami  
" Kebajikan Teras Perpaduan"
 
 
Menu
Keahlian
Yuran Keahlian
Pelucutan Keahlian
Percalonan Ahli AJK
Kelayakan Ahli AJK
Peraturan Pengudian
Skim Kecemerlangan Pelajar
Pinjaman Kewangan
Skim Anak Angkat
 
Info Kelab
 
Polisi Pinjaman Kecemasan Ahli Kelab

a) Setiap pemohon layak memohon pinjaman kecemasan tidak melebihi RM 300.00 setahun dengan syarat setiap seorang dibenarkan membuat tiga kali pinjaman setahun bukannya sekali gus.

b) Untuk meminjam wang kecemasan bagi kali kedua, setiap peminjam mestilah menjelaskan pinjaman yang pertama dahulu dan seterusnya.

c) Setiap ahli kelab yang ingin meminjam wang pinjaman kecemasan akan diluluskan permohonannya setelah beliau menjelaskan baki yuran yang belum dibayar.

d) Kelulusan permohonan adalah berasaskan kepada ukti-bukti nyata yang disokong aaa dengan dokumen-dokumen yang sah kerana perkara-perkara berikut:-

  1. Kematian
  2. sakit
  3. Sebab lain yang dianggap kecemasan oleh Ahli Jawatankusa Kelab.

e) Pemohon mesti telah menjadi ahli Kelab tidak kurang dari enam (6) bulan dan tidak mempunyai apa-apa baki hutang dengan Kelab Kebajikan.

f) Tempoh bayaran balik bagi pinjaman kecemasan hendaklah tidak lebih dari enam (6) bulan. Sekiranya dibayar secara ansuran setiap bulan sekurang-kurangnya RM 20.00 sebulan.

g) Setiap pemohon perlu mendapatkan seorang penjamin dan seoarang saksi dari kalangan ahli Kelab Kebajikan. Penjamin perlulah telah mejadi ahli kelab tidak kurang daripada enam (6) bulan.

h) Seorang Peminjam perlu membayar balik wang pinjaman tersebut dengan serta-merta sekiranya berlaku perkara-perkara yang berikut:-

  1. Jika pemohon berhenti kerja atau berhenti menjadi ahli kelab.
  2. Penjamin berhenti kerja, kematian atau berhenti menjadi ahli Kelab.
  3. Jika ansuran pinjaman dibayar lewat daripada 2 bulan.
  4. Jika terbukti bahawa sikap dan kejujuran ahli yang mendapat pinjaman berlawanan dengan tujuan asal permohonan dan kepentingan Kelab

i) Penjamin tidak dibenarkan menjamin dua (2) pemohonan kecemasan dalam satu-satu masa.

j) Pemohonan seseorang ahli Kelab akan ditolak selama tempoh enam (6) bulan sekiranya didapati sebelum ini beliau pernah memperolehi pinjaman kecemasan tetapi proses pembayaran balik melebihi enam (6) bulan.

k) Penjamin perlu menanggung bayaran balik jika peminjam tidak mampu membayar balik pinjaman tersebut atau peminjam meninggal dunia.

l) Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Agung Kelab adalah berkuasa untuk meluluskan Permohonan pinjaman kecemasan dan akan Melaporkan kepada Mesyuarat Agung yang akan datang.

m) Bendahari Kelab akan menghantar notis peringatan kepada peminjam yang tidak menjelaskan bayaran balik pinjaman.

n) Peminjam kecemasan yang belum membayar pinjaman balik akan diambil tindakan berikut:-

  1. Peminjam yang belum menyelesaikan baki pinjaman tidak dibenarkan meminjam wang kelab untuk tahun hadapan.
  2. Kelayakan jumlah peminjam di tahun hadapan akan dikira mengikut tarikh akhir bayaran balik diselesaikan
  3. Jika peminjam tidak berupaya menyelesaikan pinjaman, pihak penjamin perlu mendahulukan wangnya.
  4. Senarai peminjam yang berhutang akan dimaklumkan kepada Penasihat Kelab.
 
 
 
Mengenai Kami | Biro | Polisi Kelab | Galeri | Hubungi Kami
©Copyright 2005. Kelab Kebajikan Kakitangan Pusat Matrikulasi UIAM, Jalan Universiti 46350 Petaling Jaya, MALAYSIA