Menu    -   Web UIAM   -   Web PMUIAM   -   WebMail UIAM
  Mengenai Kami | Biro | Polisi Kelab | Galeri | Hubungi Kami  
" Kebajikan Teras Perpaduan"
 
 
Menu
Keahlian
Yuran Keahlian
Pelucutan Keahlian
Percalonan Ahli AJK
Kelayakan Ahli AJK
Peraturan Pengudian
Skim Kecemerlangan Pelajar
Pinjaman Kewangan
Skim Anak Angkat
 
Info Kelab
 
Syarat Keahlian

Jenis Keahlian Kelab ialah Ahli Biasa, Ahli Bersekutu dan AHLI KEHORMAT

Ahli Biasa

  • Ahli biasa mestilah seorang warganegara Malaysia yang menjawat jawatan kakitangan Pentadbiran yang bertaraf tetap di UIAM dan Bertugas di Pusat Asasi UIAM
  • Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli kelab dan dihantar kepada Setiausaha Agung yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa kelab untuk diluluskan. Jawatankuasa Kelab boleh mengikut budicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya
  • Setiap permohonan untuk menjadi ahli Kelab hendaklah menggunakan borang yang telah ditentukan

AHLI BERSEKUTU

  • Ahli bersekutu mempunyai hak dan keistimewaan yang sama dengan ahli biasa kecuali di dalam perkara-perkara berikut:-
    • Ahli Bersekutu tidak dibenarkan bertanding untuk merebut apa-apa jawatan didalam ahli jawatankuasa kelab. Ahli Bersekutu tidak layak untuk mengundi didalam Pilihanraya Pemilihan AJK Kelab. Bagaimanapun ahli-ahli bersekutu boleh dilantik bagi menganggotai mana-mana Jawatankuasa Kecil Kelab kecuali Jawatan Setiausaha dan Penolong Setiausahanya
    • Ahli Bersekutu tidak dibenarkan membuat pinjaman melebihi sekali setahun.
  • Seorang ahli yang memegang apa-apa jawatan di dalam Ahli jawatankuasa Kelab akan terlucut jawatannya secara automatik sebaik sahaja keahlianya bertukar menjadi bukan ahli atau ahli bersekutu. Walaubagaimanapun pihak Ahli Jawatankuasa Kelab mempunyai kuasa bagi Mengekalkan atau melanjutkan jawatan seorang itu hingga ke satu tempoh yang tertentu tetapi mestilah tidak melebihi dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan Kelab yang akan datang
  • SYARAT-SYARAT UNTUK MEMOHON MENJADI AHLI BERSEKUTU
    • Pemohon mestilah bekas ahli Kelab Kebajikan Kakitangan yang pernah bertugas di Pusat Asasi, UIAM
    • Sebab-sebab pemohon berhenti menjadi ahli kelab
      ialah
      • berhenti dari UIAM dan berkhidmat di Jabatan organisasi yang lain
      • Ditukarkan dari Pusat Asisi UIAM ke jabatan-jabatan lain di UIAM
      • Permohonan mestilah disokong oleh dua orang ahli Kelab Kebajikan Kakitangan yang telahmenjadi ahli tidak kurang dari 6 bulan
      • Pemohon dikehendaki membayar yuran pendaftaran sebanyak RM 5.00 dan yuran bulanan sebanyak RM 5.00 sebulan atau yang ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa kelab dari masa kesemasa
      • Setiap permohonan untuk menjadi Ahli Kelab hendaklah menggunakan borang yang telah ditentukan

AHLI KEHORMAT

  • Status Ahli Kehormat adalah diberikan kepada pegawai-pegawai Pusat Asasi UIAM, yang menyandang jawatan-jawatan Dekan dan Timbalan Dekan.

Sesiapa yang berminat menjadi Ahli bolehlah memohon dengan mengisi BORANG KEAHLIAN dengan klik disini dan hantarkan kepada SETIAUSAHA AGONG kelab.

 
 
 
Mengenai Kami | Biro | Polisi Kelab | Galeri | Hubungi Kami
©Copyright 2005. Kelab Kebajikan Kakitangan Pusat Matrikulasi UIAM, Jalan Universiti 46350 Petaling Jaya, MALAYSIA