Menu    -   Web UIAM   -   Web PMUIAM   -   WebMail UIAM
  Mengenai Kami | Biro | Polisi Kelab | Galeri | Hubungi Kami  
" Kebajikan Teras Perpaduan"
 
 
Menu
Keahlian
Yuran Keahlian
Pelucutan Keahlian
Percalonan Ahli AJK
Kelayakan Ahli AJK
Peraturan Pengudian
Skim Kecemerlangan Pelajar
Pinjaman Kewangan
Skim Anak Angkat
 
Info Kelab
 
Peraturan pengundian AJK Induk Kelab

Syarat-syarat Pencalonan

a) Seseorang ahli Kelab boleh mencalonkan ahli- ahli yang lain yang layak seperti syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kelab untuk bertanding bagi jawatan Ahli Lembaga dan Ahli Jawatankuasa Bahagian dengan mengisi borang pencalonan yang boleh didapati daripada Setiausaha Kelab.

b) Semua borang pencalonan mesti ditandatangani oleh seorang pencadang dan seorang penyokong

c) Calon boleh bertanding hanya untuk satu jawatan sahaja.

d) Calon yang bertanding boleh mencadangkan seorang calon lain yang ingin bertanding untuk satu jawatan sahaja.

e) Seorang pencadang hanya boleh mencadangkan seorang calon sahaja untuk bertanding satu jawatan.

f) Calon mestilah terdiri daripada ahli biasa.

g) Ahli bersekutu boleh mencalonkan AJK Kelab dan dibolehkan untuk mengundi tetapi tidak boleh dicalonkan sebagai AJK Kelab.

Hari Penamaan Calon

a) Waktu pencalonan ialah pada jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang pada hari yang ditentukan sekurang-kurngnya (dua minggu sebelum hari pengundian)

b) Semua borang pencalonan perlulah diserahka kepada Setiausaha Kelab seminggu dari tarikh penamaan calon.

c) Senarai calon-calon yang bertanding akan ditampal di papan kenyataan sehari selepas penyerahan penamaan calon.

d) Semua bantahan mengenai pencalonan perlu salurkan melalui Pengerusi Kelab dengan mengisi borang Bantahan dan menyerahkan kepada Pengerusi Kelab selepas nama calon dipamerkan dalam jangka masa satu hari.

Pengiraan Undi Keputusan Pengundian

a) Pengiraan undi akan dijalankan sebelum agenda Mesyuarat Agung Tahunan mengenai perlantikan Ahli Lembaga dan Ahli Jawatankuasa Bahagian dimulakan.

b) Pengiraan undi akan dilakukan oleh ahli Kelab yang tidak bertanding untuk mana-mana jawatan dan dilantik oleh Pengerusi Kelab dengan disaksikan oleh semua ahli Kelab dan ahli-ahli yang bertanding.

c) Ahli-ahli Kelab tidak dibenarkan menampal sebarang risalah poster atau membuat kenyataan awam berhubung dengan kempen calon.

d) Calon yang tidak mematuhi syarat-syarat pengundian akan dibatalkan pencalonannya

e) Kertas undian boleh diperolehi daripada Setiausaha Kelab pada hari pengundian.

f) Ahli-ahli Kelab yang bercuti atau bertugas pada hari mengundi, boleh mengundi lebih awal daripada tarikh tersebut. g) Borang-borang pengundian yang diterima lewat daripada masa yang telah ditetapkan dikira batal.

 
 
 
Mengenai Kami | Biro | Polisi Kelab | Galeri | Hubungi Kami
©Copyright 2005. Kelab Kebajikan Kakitangan Pusat Matrikulasi UIAM, Jalan Universiti 46350 Petaling Jaya, MALAYSIA