International Islamic University Malaysia

PPV SASMEC @IIUM selesai memberi 10,000 dos vaksin

30/07/2021fikrahadmin

Oleh Mohd Imran Izzad 

KUANTAN: Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah@IIUM (SASMEC @IIUM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sudah memberi kira-kira 10,000 vaksinasi COVID-19 kepada penduduk daerah ini sejak beroperasi 19 Julai lalu.

Purata setiap hari Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang beroperasi di Dewan Utama UIAM kampus Kuantan, memberi suntikan kepada seribu penduduk pelbagai lapisan masyarakat.

KUANTAN. Seramai 136 sukarelawan membantu melancarkan pemberian vaksinasi dilakukan di PPV IPT @ SASMEC IIUM Kuantan di Dewan Utama UIAM kampus Kuantan.

Pengurus PPV IPT @ SASMEC IIUM Kuantan, Dr Abdul Rahim  Mohamed Sirajudeen berkata sejak beroperasi tidak banyak masalah dihadapi pihak urusetia termasuk individu yang datang bagi mendapatkan vaksinasi.

Menurutnya, kerjasama baik kedua-dua pihak menjamin kelancaran proses pemberian vaksin COVID-19 yang dilakukan lima hari seminggu bermula 9 pagi hingga 5 petang.

“Kita mempunyai 184 petugas kesihatan dan bukan kesihatan, turut terbabit 136 sukarelawan terdiri daripada penuntut UIAM kampus Kuantan. 

KUANTAN. Pengurus PPV IPT @ SASMEC IIUM Kuantan, Dr Abdul Rahim  Mohamed Sirajudeen (kiri) ketika meninjau proses pemberian vaksin COVID-19 di Dewan Utama UIAM kampus Kuantan.

“Untuk membantu melancarkan lagi proses pemberian vaksinasi kita menyediakan 40 kerusi roda untuk digunakan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

 “Kita turut disediakan dua unit buggy bagi mengambil dan menghantar warga emas dan OKU ke kawasan meletakan kenderaan,” katanya, di sini.

Source : https://fikrahpahang.com.my/2021/07/30/ppv-sasmec-iium-selesai-memberi-10000-dos-vaksin/

Generated by Feedzy Skip to content